Rendang selalu menjadi hidangan yang paling diminati pada Hari Raya. Jika ingin mencuba sesuatu yang berbeza tahun ini, cubalah memasak resepi Rendang Sotong yang kelezatannya tiada tara.
Setelah sering menyiapkan rendang menggunakan ayam dan daging, kali ini boleh sahaja beralih kepada Rendang Sotong. Jika dihidangkan kepada tetamu, pastinya suasana menjadi lebih meriah.
Mohd Nubli Kumkum Bin Mohd Nor telah berkongsi resepi Rendang Sotong di Facebook yang membuatkan banyak pihak teruja untuk mencuba pada Hari Raya ini. Mari kita cuba!
Baca juga: Resipi Rendang Kerang, Seronok Makan Sampai Tak Perasan Belum Raya Lagi
RESEPI RENDANG SOTONG
Bahan-bahan:
- 1kg sotong
- 2 helai daun kunyit (diiris halus)
- 2 keping asam gelugor
- 3 helai daun limau purut
- 2 sudu besar kerisik
- 2 sudu besar gula Melaka
- 100ml santan
- 2 sudu besar rempah kari penuh
- 2 sudu besar cili kisar
- Garam secukup rasa
Bahan kisar halus:
Cara-cara memasak:
1. Pertama sekali, panaskan minyak dalam kuali terlebih dahulu.
2. Kemudian, tumis bahan kisar hingga harum.
3. Selepas itu, masukkan cili kisar dan tumis sehingga garing.
4. Seterusnya, masukkan rempah kari dan tumis sehingga pecah minyak.
5. Tambahkan pati santan, gula Melaka, asam gelugor, kerisik dan daun limau purut, kacau rata dan masak hingga pekat dengan api kecil.
6. Setelah itu, tambahkan sotong dan gaul hingga merata.
7. Kemudian, masukkan garam secukup rasa dan masak hingga sedikit kering.
8. Akhirnya, masukkan hirisan daun kunyit, gaul rata dan rasa, kemudian matikan api. Siap untuk dihidangkan!
Selepas anda mencuba resepi Rendang Sotong ini, nikmatilah sotong yang lembut disertai kuah rendang yang pekat dan penuh aroma rempah yang luar biasa.
Selamat mencuba!
Sumber: Mohd Nubli Kumkum Bin Mohd Nor
Baca juga: Resepi Rendang Tok Perak Asli, Sedap Sampai Mak Mentua Puji Melambung!