Setelah selesai menyediakan lauk, pastinya anda ingin melengkapi hidangan dengan sayuran juga. Oleh itu, kami syorkan anda menyediakan Sayur Campur Goreng yang sangat mudah ini.
Sayur Campur Goreng merupakan sayuran kegemaran masyarakat Malaysia yang sering dihidangkan di restoran masakan Cina. Selain itu, anda juga boleh menemui sayur ini di kedai nasi campur.
Antara bahan penting yang perlu ada dalam hidangan sayur ini adalah kobis bunga, lobak merah, putik jagung dan sos tiram. Namun, anda boleh menyesuaikannya mengikut selera pribadi.
Dari perkongsian resipi oleh Didapuryana di Lemon8, cara penyediaan hidangan sayur ini sangat mudah tetapi sedap dan cukup menggugah selera. Jom kita cuba!
Baca juga: Tips Menyimpan Sayur Agar Kekal Segar Dalam Peti Sejuk, Boleh Bertahan Walau Berminggu!
RESEPI SAYUR CAMPUR GORENG
Bahan-bahan:
Cara-cara memasak:
1. Pertama sekali, tumis bawang putih dan bawang holland sehingga mengeluarkan aroma yang harum.
2. Kemudian, masukkan fishball dan masak seketika.
3. Setelah itu, tambahkan lobak merah, sos tiram dan sedikit air, kemudian masak sekejap.
4. Selanjutnya, masukkan kubis bunga, brokoli dan cili merah, masak sehingga sayuran separuh lembut.
5. Akhir sekali, tambahkan garam dan serbuk perasa jika diperlukan. Siap untuk disajikan!
Jika anda tiada idea untuk hidangan sayur hari ini, sediakan saja Sayur Campur Goreng ini. Meski masakan yang sederhana, tetapi kelezatannya tidak dapat diragukan.
Hidangan sayur ini tidak pernah mengecewakan dan sentiasa menjadi pilihan ramai kerana bukan sahaja cepat disiapkan, tetapi juga sangat sesuai dijadikan sebagai bekal ke pejabat.
Untuk pengetahuan anda, resipi ini boleh diubah menjadi lauk juga dengan hanya menambah bahan seperti isi ikan, ayam, udang, sotong dan lain-lain.
Setelah hidangan sayur ini siap, anda akan merasai kenikmatan menikmati sayur yang rangup bersama campuran sos tiram yang pasti akan meningkatkan selera makan anda.
Selamat mencuba!
Sumber: Didapuryana
Baca juga: Wanita Ini Berkongsi Tips Agar Sayur Goreng Kekal Hijau, Hasil Yang Cantik Dan Tidak Layu!