Setiap kali saat hujan, pasti ingin menikmati hidangan berkuah agar tubuh terasa hangat dan bertenaga. Oleh yang demikian, kami ingin berkongsi metod memasak Tomyam Campur yang pekat dan berlemak.
Resep cara memasak Tomyam Campur ini telah dikongsikan oleh ummiha78 di TikTok dengan langkah yang sangat mudah. Jom kita mencuba!
Baca juga: Resepi Ayam Goreng Tomyam, Sekali Hirup Kuahnya Boleh Kecur Air Liur
CARA MEMASAK TOMYAM CAMPUR
Bahan-bahan:
- Bawang besar
- Bawang merah
- Halia (tidak perlu jika tidak mahu)
- Bawang putih
- Limau nipis
- Serai
- Tomato
- Cili kecil
- Pes tomyam
- Lengkuas
- Daun ketumbar
- Daun limau purut
- Akar ketumbar
- Asam limau nipis
- Sebuah susu cair (sebagai tambahan)
- Gula
- Garam
Bahan-bahan lauk:
Bahan-bahan sayur:
- Lobak merah
- Kubis bunga
- Kubis
Cara-cara memasak:
1. Pertama sekali, kisar bawang merah, bawang putih dan tomato. Jika tidak mahu dikisar, boleh juga dibelah atau ditumbuk. Proses mengisar inilah yang menjadikan kuah lebih pekat dan sedap.
2. Selepas itu, masak air mengikut keperluan bersama bawang besar, serai, lengkuas, halia dan akar ketumbar di dalam periuk.
3. Seterusnya, masukkan bahan yang telah dikisar tadi dan tunggu sehingga mendidih sebentar.
4. Setelah kuah mendidih, masukkan ayam dan pes tomyam, kemudian tunggu hingga ayam empuk.
5. Tambahkan sayuran yang keras terlebih dahulu seperti lobak merah, kubis bunga, dan cili, biarkan sayur masak dengan lembut.
6. Setelah itu, masukkan daun limau purut, kubis, dan tomato.
7. Masukkan sotong dan udang, masak sebentar sahaja kerana lauk ini cepat masak. Jika terlalu lama, sotong akan menjadi liat, oleh kerana itu, ia perlu dimasukkan terakhir.
8. Seterusnya, sesuaikan rasa dengan menambah gula dan garam secukupnya.
9. Tambahkan asam limau nipis sebagai penambah rasa masam dalam kuah.
10. Akhir sekali, tambahkan sedikit susu cair sebagai penyedap kuah supaya lebih pekat dan berlemak. Jika tidak ada pun tidak mengapa. Siap untuk dihidangkan!
Dengan mengamalkan cara memasak Tomyam Campur ini, anda pasti akan memperoleh kuah yang sangat pekat, berlemak dan cukup rasa seolah-olah menikmati hidangan di restoran Thai.
Selamat mencuba!
Sumber: ummiha78
Baca juga: Tom Yam Telur Mata, Menu Ringkas Dengan 3 Langkah Ini Wajib Dicuba!