Mahu masak hidangan mudah tetapi tetap enak dan menggiurkan? Ayam halia adalah antara pilihan yang tidak pernah menghampakan. Rasanya yang ringan tetapi penuh dengan aroma, sangat sesuai untuk makan tengah hari atau malam bersama nasi putih yang panas.
Halia bukan sahaja penambah rasa, tetapi juga bermanfaat untuk kesihatan. Terutama apabila badan merasa sejuk atau banyak angin. Apabila digoreng garing dan ditaburkan pada hidangan, terus meningkatkan selera!
Resipi ini tidak memerlukan banyak bahan aneh, kebanyakannya sememangnya ada di dapur. Cara penyediaannya juga sangat mudah! Jom kita lihat bahan dan cara memasak di bawah!
Baca juga: Cara Memasak Ayam Kurma Yang Enak & Kuah Pekat, Pasti Berjaya Jika Mengikut Resipi Ini!
RESEPI AYAM HALIA
Bahan-bahan:
- ½ ekor ayam (500-600 g) atau 4-5 potong bahagian ayam pilihan
- ½ sudu besar serbuk lada putih
- ½ sudu besar kicap masin
- ½-¾ cawan halia, dihiris halus (kemudian sukat)
- 3-4 ulas bawang putih (dicincang)
- 2 inci halia (dihiris)
- ½ biji bawang besar kuning (dihiris)
- 5 tangkai cili kering
- ½ sudu besar serbuk lada putih
- 1 sudu besar sos tiram
- ½ sudu besar cuka
- ½-1 cawan air
- 1 sudu teh minyak bijan
- Daun bawang (dipotong 1 inci)
Cara penyediaan:
- Gaulkan ayam dengan serbuk lada putih dan kicap masin. Ketepikan buat seketika.
- Panaskan minyak masak dalam kuali. Goreng halia yang dihiris halus sehingga keperangan dan garing. Angkat dan ketepikan.
- Gunakan minyak yang sama untuk menggoreng ayam sehingga ¾ masak. Angkat dan ketepikan.
- Buangkan sedikit lebihan minyak dari kuali. Tumis bawang putih hingga keperangan.
- Masukkan halia yang dihiris, bawang besar dan cili kering. Tumis sehingga terbit bau harum.
- Tambahkan ayam yang telah digoreng bersama serbuk lada putih, cuka dan air. Gaul rata dan biarkan ayam masak sepenuhnya. Perasakan dengan garam jika perlu.
- Titiskan minyak bijan dan masukkan daun bawang. Gaul hingga sebati.
- Taburkan halia goreng sebagai hiasan. Sedia untuk dihidangkan.
Sumber: Noor Ashikin Saerah
Baca juga: Resipi Ayam Masak Bali, Tidak Memerlukan Banyak Bahan Tetapi Rasa Tetap Mantap!