Siapa yang menyukai karipap untuk sarapan atau minum petang, pasti ingin mengetahui cara untuk membuat kulit Karipap Pusing yang krispi dan tahan lama.
Cara untuk menghasilkan kulit Karipap Pusing ini telah dikongsikan oleh Fatin Salleh di Facebook, lengkap dengan langkah demi langkah. Jom kita cuba!
Baca juga: Resepi Karipap Krispi Sampai Petang, Nak Hasil Berjerawat Cantik Ada Caranya!
CARA BUAT KULIT KARIPAP PUSING
Doh 1 (doh minyak):
Doh 2 (doh air garam):
- Tepung gandum
- Air
- Garam
- Sedikit minyak masak
Cara membuat doh 1:
1. Campurkan tepung gandum dengan minyak hingga membentuk doh yang lembut dan tidak rekat (sehingga boleh dibentuk bulat dan tidak melekat pada bekas).
Cara membuat doh 2:
1. Campurkan tepung gandum dengan air yang telah dicampur garam (sehingga boleh dibentuk bulat dan tidak melekat pada bekas).
2. Tambahkan sedikit minyak masak untuk mengelakkan adunan tepung daripada melekat.
Cara-cara membuat kulit karipap pusing:
1. Pertama sekali, bahagikan Doh 1 dan Doh 2 kepada beberapa bahagian dan bentuk bulat.
2. Selanjutnya, balutkan doh 1 dengan doh 2. Pastikan doh 2 mencukupi untuk membungkus doh 1.
*Doh 2 perlu disediakan dalam jumlah lebih agar cukup untuk membalut doh 1. Pada ketika ini, penting untuk mengelakkan doh koyak semasa proses penggilingan nanti.
3. Sebelum menggiling nipis, tekan doh untuk mengurangkan risiko doh koyak.
4. Setelah siap digelek lebar dan nipis, potong separuh seperti dalam gambar.
5. Setelah itu, gulung dengan rapat.
6. Roll sehingga bentuknya menyerupai gambar.
7. Setelah itu, gelek lagi hingga nipis dan panjang.
8. Gulung dari kedua-dua sisi untuk mendapatkan saiz gulungan yang sama, kemudian potong di bahagian tengah.
9. Dari gulungan yang telah siap, potong kecil-kecil kepada 5 bahagian. Gelek dan isi inti serta kelim. Selesai!
Berikut adalah beberapa petua ketika menyediakannya kulit karipap pusing:
- Doh 2 sebaiknya disediakan dalam jumlah yang lebih banyak berbanding doh 1. Contoh pembahagian tepung: doh 1 – 30g, doh 2 – 50g. Ini kerana doh 2 digunakan untuk membalut doh 1.
- Resepi ini tidak mempunyai sukatan tetap, hanya pandai-pandai sahaja. Sekiranya bimbang doh terlalu lembik, masukkan sedikit demi sedikit air garam atau minyak sehingga doh menjadi lembut seperti yang diinginkan.
- Garam untuk doh 2 perlu lebih sedikit kerana doh 1 tidak dicampur garam. Ini juga jangan terlalu ketat sukatan.
- Goreng karipap dengan api sederhana, kerana jika goreng menggunakan minyak yang terlalu panas, ia mungkin merekah.
Selamat mencuba!
Sumber: Fatin Salleh
Baca juga: Resipi Karipap Pusing, Begini Cara Dapat Hasil Pusar Tidak Merekah Dan Lebih Garing!