“Resepi Mee Hailam: Santapan Mudah dan Penuh Rasa, Masak Dengan Santai!”


resepi mee hailam

Jika anda teringin menikmati mee hailam dengan kuah yang kaya dan lezat, cubalah resepi mee hailam yang mudah ini. Bahan-bahannya senang dicari, pasti ada di dapur anda dan cara penyediaannya pun tidak memakan waktu yang lama.

Resepi ini hanya perlu mencampakkan sahaja, dalam 5 minit sahaja semuanya sudah siap untuk dimakan. Namun, hasilnya tetap hebat! Sangat sesuai untuk hidangan tengah hari ataupun malam yang cepat tapi penuh citarasa.

Baca juga: Resipi Mi Goreng Guna Bahan Yang Tersedia Di Rumah, Rasa Tetap Menggoda!

MEE HAILAM RESIPI MUDAH DAN MENARIK

resepi mee hailam

Bahan A:

  • 500g mi kuning (rendam seketika dalam air panas, kemudian toskan)
  • Bawang putih (dihiris halus)
  • Bawang holland (dihiris kasar)
  • Sayur: kobis, lobak merah, brokoli
  • Cili padi (masukkan sebiji untuk rasa pedas yang menyengat)
  • Udang secukupnya
  • Isi ayam secukupnya
  • 3 biji telur

Bahan B:

Cara penyediaan:

  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan isi ayam, gaul sehingga separuh masak.
  3. Tambahkan udang, kacau hingga berubah warna dan sedikit garing.
  4. Masukkan kicap lemak manis, sos cili dan sos tiram. Gaul rata.
  5. Tuangkan sedikit air, biarkan mendidih.
  6. Masukkan sayur-sayuran dan teruskan reneh hingga sedikit layu.
  7. Tambahkan cili padi sebiji untuk rasa pedas.
  8. Pecahkan telur ke dalam kuah, kacau perlahan.
  9. Masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  10. Biarkan mendidih sekejap, kemudian matikan api.
  11. Tutup periuk dan biarkan selama 5 minit supaya kuah sebati dengan bahan.

Mee hailam sudah siap untuk dihidangkan! Nikmati dalam keadaan panas untuk rasa yang lebih mantap.

Sumber: Nora Arif

Baca juga: Resipi Mi Kuah Padu, Cara Penyediaan Ringkas Tapi Rasa Tak Mengecewakan!



Link sumber

Scroll to Top