Sambal Kicap menjadi pilihan untuk mereka yang menikmati hidangan utama dengan sesuatu yang pedas. Sebenarnya, terdapat cara untuk menghasilkan Sambal Kicap yang mudah dan mantap.
Ia sangat terkenal di kalangan rakyat Malaysia dan Indonesia, yang menggunakan kicap manis sebagai bahan utama dan berfungsi sebagai pelengkap kepada pelbagai masakan.
Aida A Ibrahim telah berkongsi cara penyediaan Sambal Kicap yang mantap di Facebook, yang mana ternyata resepi itu berasal dari suaminya. Mari kita cuba!
Baca juga: Resepi Sambal Jantan Yang Populer Di Kelantan, ‘Power’ Bukan Main-Main!
CARA BUAT SAMBAL KICAP
Bahan-bahan:
- Bawang merah
- Bawang besar (saiz kecil)
- Cili api
- Kicap
- Daun kesom
- Daun ketumbar jawa
- Limau nipis
Cara-cara untuk menyediakannya:
1. Pertama, masukkan bawang merah, bawang besar bersaiz kecil, cili api, daun kesum, dan daun ketumbar jawa ke dalam chopper.
2. Selepas itu, kisar hingga halus.
3. Kemudian, tambahkan kicap secukupnya (jika inginkan tekstur lebih cair, boleh letak lebih).
4. Akhir sekali, perah sedikit limau nipis. Ia sedia untuk digunakan!
Untuk menambah selera ketika menikmati soto, bihun sup dan ikan bakar dengan lebih lezat, pastikan anda hidangkan bersama Sambal Kicap. Yang paling utama, cara penyediaannya tidak begitu rumit.
Dengan hanya beberapa bahan asas dan langkah-langkah yang mudah, Sambal Kicap yang pedas, manis, dan sangat mantap ini siap untuk meningkatkan rasa hidangan anda.
Selamat mencuba!
Sumber: Aida A Ibrahim
Baca juga: Resepi Sambal Hitam Simple, Sampai Hujung Bulan Sedapnya Masih Tak Hilang