Resepi Unik Ikan Lengat: Sedapnya Hingga ke Tulang, Bebas Hanyir!


cara buat ikan lengat

Apakah anda pernah mencuba Ikan Lengat? Bagi mereka yang sudah biasa, pasti menyedari betapa lazatnya hidangan ini, bukan? Cara penyediaan ikan lengat ini sangat mudah, tetapi cukup menggugah selera.

Di Pantai Timur, ikan lengat ini dikenali sebagai ikan rebus atau ikan kukus, manakala di Utara, ia dikenali sebagai temenung lengat. Di negeri lain, mungkin terdapat nama yang berbeza untuk sajian ini.

Rasa masam-masam dan masin ini menjadikan hidangan ini amat enak! Jika anda ingin mencuba, lihat resipi yang dikongsi oleh Chef Sue M Arukin di bawah.

Jangan lupa baca juga: Resipi Ikan Selayang Rebus Goreng, Aroma Yang Menggoda Buat Ramai Terliur!

CARA PENYEDIAAN IKAN LENGAT GORENG

cara buat ikan lengat

Bahan-bahan:

  • 1 1/2 kg ikan temenung segar – boleh juga menggunakan ikan kembung atau sardin
  • 3 sudu besar garam
  • 7-8 keping asam gelugur/ keping

Langkah-langkah:

1. Bersihkan ikan dan siangnya. Kemudian, perapkan bahan-bahan di atas bersama ikan selama 1 jam.

2. Susun ikan dalam periuk pengukus dan kukus sehingga ikan masak sempurna.

3. Setelah masak, letakkan ikan dalam bekas tertutup. Simpan di dalam peti sejuk. Lagi lama ia disimpan, lagi sedap dan masam rasanya. Ikan ini bisa bertahan lama.

4. Apabila ingin menggoreng, jangan tambahkan garam atau serbuk kunyit. Panaskan minyak dan goreng sahaja.

5. Siap untuk dinikmati.

Kredit untuk resipi dan gambar: Sue M Arukin

Jangan lupa baca juga: Ikan Bawal Putih Masak Sos, Resipi Semudah ABC Ini Pasti Disukai Ramai!



Sumber pautan

Scroll to Top