Apabila bulan Ramadan menjelang, kuih muih dan pencuci mulut memang menjadi pilihan utama. Salah satu yang menjadi kegilaan ramai adalah asam gumpal, kuih tradisional Melayu yang terkenal di pantai timur Malaysia.
Kuih yang juga dikenali sebagai ‘sagupal’ ini dihasilkan dengan biji sagu dan dimasak dengan santan, rasanya benar-benar menggoda. Jika anda belum pernah mencubanya, mari kita tinjau resipi dari Mas Cotek ini, pasti Anda akan berpuas hati!
Baca juga: Cipta Sendiri Kuih Sopang Tradisional Negeri Sembilan, Susah Nak Cari Penjual!
RESEPI KUIH ASAM GUMPAL
Bahan-bahan untuk asam gumpal:
- 2 cawan sagu
- 1 cawan air panas mendidih
Bahan inti:
Bahan kuah:
- 4 cawan santan
- 2 ulas bawang merah kecil
- 1 inci halia
- 1 sudu teh halba
- 2-3 sudu makan gula pasir
Langkah penyediaan:
- Untuk membuat inti, rebus kacang hijau hingga kembang.
Tambahkan gula dan masak hingga kering. Biarkan sejuk seketika sebelum dibulatkan. Ketepikan. - Basuh sagu dan toskan selama sekurang-kurangnya satu jam.
- Tuangkan air panas mendidih ke dalam sagu. Kacau sehingga adunan sebati dan boleh dibentuk.
- Ambil sedikit sagu dan masukkan inti kacang hijau yang telah dibulatkan. Bentuk dengan kemas seperti bebola.
- Kukus selama 10 minit sehingga sagu menjadi jernih. (Lapik kukusan dengan plastik semasa mengukus sagupal).
- Untuk kuah, campurkan semua bahan kuah dan masak dengan api perlahan hingga mendidih.
- Masukkan sagupal ke dalam kuah dan matikan api. Biarkan sejuk.
- Asam gumpal telah sedia untuk dinikmati.
Sumber: Mas Cotek
Baca juga: Tips Buat Popia Sira Pasti Menjadi, Ini Rahsia Kekal Rangup Hingga Malam!