Biskut coklat chip ini sentiasa menjadi di antara kuih raya kesukaan ramai kerana ia bukan sahaja mudah dihasilkan, tetapi juga begitu enak.
Jika anda sedang mencari resipi biskut coklat cip yang ringkas dan mudah, perkongsian oleh Puan Fatimah Saari ini semestinya berbaloi untuk dicuba!
Baca juga: Kek Coklat Mini Gebu Berhias Biskut Teddy Bear yang Menggemaskan!
RESEPI BISKUT COKLAT CHIP
Bahan A:
- 250g mentega (Anchor)
- 200g gula perang
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1 biji telur gred B
- Sebitit perisa cappuccino
Bahan B:
Bahan C:
- 1 cawan coklat cip Beryl’s
- ½ cawan almond nibs
Cara penyediaan:
- Dalam sebuah mangkuk, campurkan bahan A hingga rata. Jangan terlalu kuat, cukup sekadar lembut sahaja.
- Tambahkan bahan B, kemudian gaul hingga menjadi doh yang seragam.
- Akhir sekali, masukkan bahan C dan kocok dengan baik.
- Pindahkan adunan ke dalam piping bag dan pipekan ke atas dulang pembakar.
- Bakar dalam oven pada suhu 160-170°C selama 20 minit (bergantung kepada jenis oven anda).
- Saiz doh yang dipaipkan lebih kurang sebesar duit 20 sen, kerana ia akan berkembang menjadi sebesar duit 50 sen setelah dibakar.
Sumber: Fatimah Saari
Baca juga: Kek Coklat Mini Gebu Berhias Biskut Teddy Bear yang Menggemaskan!