Biskut cornflakes yang rangup ini merupakan antara kuih raya yang digemari ramai setiap tahun. Jika sebelum ini sering membeli, kenapa tidak mencuba untuk membuatnya sendiri kali ini? Resipinya sangat mudah!
Tambah lagi, bahan-bahan yang diperlukan mudah diperoleh dan proses penyediaannya tidak memerlukan waktu yang lama.
Dengan paduan rasa manis dan tekstur yang rangup, biskut ini sukar untuk ditolak. Yang paling penting, membuatnya sendiri memberikan kepuasan lebih dan menjimatkan!
Baca juga: Cara Untuk Membuat Biskut Coklat Rice Viral, Resipi Mudah Versi ‘Mesra Poket’!
RESEPI BISKUT CORNFLAKES RANGUP
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 165 gram mentega
- 45 gram gula halus
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1 kuning telur
- 170 gram tepung gandum
- 20 gram serbuk badam
- 200 gram cornflakes (dihancurkan)
- Inti hazelnut
Cara penyediaan:
- Dalam sebuah mangkuk, campurkan mentega, gula halus, esen vanila dan kuning telur. Gaul semua bahan sehingga merata.
- Seterusnya, masukkan bahan kering iaitu tepung gandum dan serbuk badam. Gaul sehingga semua bahan bercampur dengan baik.
- Setelah adunan sebati, biarkan ia rehat selama 30 minit.
- Selepas itu, ambil adunan mengikut saiz yang diinginkan dan gulungkan ke atas cornflakes yang telah dihancurkan.
- Aturkan atas loyang dan bakar di dalam oven selama 25 minit pada suhu 140 darjah Celsius.
- Setelah masak, biarkan sejuk seketika sebelum menghiasnya dengan inti hazelnut di atasnya.
- Simpan dalam bekas kedap udara dan siap untuk dinikmati.
Sumber: Dea Noorfaizura
Baca juga: Resipi Biskut Coklat Cip Mudah, Hanya Membutuhkan Sebuku Mentega Untuk Dapatkan 200 Biji!