Pernahkah anda melihat penjual dadih di pasar malam atau di media sosial? Lembut dan berkrim hingga membuatkan anda ingin mengetahui rahsianya. Sebenarnya, terdapat kaedah untuk menghasilkan dadih gedik yang patut anda cuba.
Ramai mungkin tidak menyedari bahawa dadih adalah sejenis produk tenusu yang mirip dengan yogurt tradisional yang amat popular dalam kalangan masyarakat Minangkabau dan biasanya dihasilkan menggunakan susu kerbau.
Terdapat pelbagai variasi dadih yang sangat lazat sehingga menjadikannya produk paling laris untuk berniaga kerana tiada siapa yang akan menolak pencuci mulut yang begitu sedap ini.
Selama ini hanya membeli di luar, jadi apa kata hari ini anda mencuba membuat sendiri di rumah dengan mengikuti kaedah menghasilkan dadih gedik dari Nur Diyana Isha di Facebook ini. Ayo kita cuba!
Baca juga: Resepi Puding Sagu Pelangi, Ini Caranya Dapatkan Hasil Menarik Dan Tidak Hancur
KAEDAH UNTUK MEMBUAT DADIH GEDIK
Bahan-bahan:
- 4 liter air
- 1 tin susu cair 390g
- 150g susu pekat manis
- 250g gula
- 1 paket serbuk dadih
Langkah-langkah membuat:
1. Rebus semua bahan dalam periuk, sentiasa kacau supaya tiada susu yang menggumpal.
2. Setelah mendidih, segera tutup api.
3. Kemudian, kacau tanpa henti selama 30 saat, baru masukkan serbuk dadih.
4. Seterusnya, kacau lagi selama 1 hingga 2 minit.
5. Selepas itu, biarkan seketika dan masukkan pemanis tiruan dari paket kecil.
6. Akhir sekali, biarkan selama 5 minit sebelum dituangkan ke dalam bekas. Siap!
Antara perisa dadih yang boleh dihasilkan termasuk jagung, keladi, coklat, strawberi dan pisang. Mudah cakap, semuanya enak dan berkrim semasa dimakan.
Jika anda ingin mengelakkan peti sejuk rosak dengan cepat, pastikan anda membiarkan dadih benar-benar sejuk pada suhu bilik sebelum menyimpannya ke dalam peti sejuk.
Begitu mudah kaedah menghasilkan dadih gedik ini sehingga ramai berfikir untuk menjalankan perniagaan secara dalam talian. Selain itu, anda juga boleh menikmati ia sebagai pencuci mulut di rumah.
Selamat mencuba!
Sumber: Nur Diyana Isha
Baca juga: Resepi Dadih Vanilla Durian, Memerlukan 4 Bahan Sahaja Tetapi Berkrim!