Untuk anda yang sering menyiapkan sarapan di pagi hari pasti sukakan resipi yang cepat disediakan. Maka, kami syorkan anda mencuba menghasilkan donat mudah dan ringkas dengan menggunakan 5 bahan ini.
Resipi donat yang mudah dan ringkas ini telah dikongsi oleh Suriani Ilias di Facebook dan bukan sahaja sesuai untuk dinikmati terus, malah boleh juga dibekukan. Mari kita cuba!
Baca juga: Peniaga Kuih Kongsi Rahsia Donat Gebu Dan Lembut, Guna Tips Ini Pasti Berjaya!
RESIPI DONAT MUDAH DAN RINGKAS
Bahan-bahan:
Cara-cara penyediaan:
1. Pertama, gaulkan tepung gandum dengan marjerin sehingga menjadi seperti serbuk roti.
2. Dalam bekas berasingan, campurkan air suam dengan susu pekat manis dan gaul bersama yis. Biarkan sehingga yis mengembang dan menghasilkan buih.
3. Apabila yis sudah berbuih, tuangkan ke dalam adunan tepung. Uli sambil menambah air suam sedikit demi sedikit sehingga doh tidak melekat di tangan.
4. Tutup doh menggunakan kain lembap dan biarkan selama 20 minit untuk proses ‘proofing’ pertama.
5. Setelah 20 minit, uli semula doh yang telah naik, supaya menjadi padu dan sesuai untuk dibentuk.
6. Bentukkan doh menjadi bulatan kecil seperti donat. Susun di atas dulang yang disapukan sedikit minyak dan tutup semula dengan kain lembap. Biarkan selama 10 minit untuk proses pengembangan kedua.
*Tips: Bentukkan dalam saiz kecil dan jarakkan antara donat kerana doh akan mengembang lagi selepas 10 minit.
7. Panaskan minyak dengan api yang perlahan. Apabila minyak sudah panas, goreng donat sambil dibalik-balikkan sehingga keperangan.
8. Toskan minyak dan golekkan donat ke dalam gula halus. Siap untuk dinikmati!
Cara menyimpan sebagai donat beku:
- Jika ingin menyimpan, goreng donat sekejap sahaja hingga jadi kuning cerah.
- Toskan, sejukkan dan susun dalam bekas bertutup sebelum dibekukan.
Apabila ingin menggoreng semula:
- Keluarkan donat dari peti beku dan biarkan selama lebih kurang 5 minit (defrost).
- Goreng kembali dengan api lembut sehingga keemasan.
Selamat mencuba!
Sumber: Suriani Ilias
Baca juga: Resipi Donat Gebu Gebas Sampai Ke Petang, Kekal Lembut Walaupun Dingin!