“Resipi Gulung Viral: Puding Pisang Homemade yang Pasti Memikat Selera!”


banana pudding

Resipi banana pudding ini sedang popular di platform media sosial. Ramai tidak melepaskan peluang untuk membelinya. Ada juga yang mencuba membuatnya sendiri di rumah kerana resipinya senang dan bahan-bahannya juga ringkas, tetapi hasilnya sangat menggoda.

Rasanya yang manis, berkrim dan lemak menjadikan ia pencuci mulut yang amat memuaskan dinikmati pada bila-bila masa. Lebih enak jika disantap dalam keadaan sejuk selepas disimpan dalam peti ais.

Jika ada lebihan pisang di dapur, boleh cuba resipi banana pudding ini. Memang sesuai untuk hidangan petang atau pencuci mulut selepas makan berat. Ringkas tetapi sangat memuaskan!

Baca juga: Resipi Kek Tiramisu yang Berkrim & Penuh Aroma Kopi, Buat Sendiri Dapat Banyak Bekas!

RESEPI BANANA PUDDING

banana pudding

Bahan-bahan:

  • 4-5 biji pisang (pisang berangan / pisang emas – yang sudah masak)
  • 1 peket biskut Marie atau biskut vanilla (boleh juga menggunakan biskut shortbread atau Nilla Wafers)
  • 2 cawan susu segar (full cream lebih lazat)
  • 1 cawan krim pencetak (boleh juga menggunakan susu cair jika tiada)
  • ½ cawan susu pekat manis (boleh tambahkan atau kurangkan mengikut tahap kemanisan yang dikehendaki)
  • 2 sudu besar tepung kastard (atau tepung jagung sebagai alternatif)
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Secubit garam

Cara-cara:

  1. Mulakan dengan membuat kastard dahulu. Campurkan susu segar, susu pekat, tepung kastard, esen vanila, dan secubit garam dalam periuk.
  2. Masak di atas api perlahan sambil terus mengacau sehingga pekat dan berkrim. Jangan berhenti mengacau untuk mengelakkan ketulan.
  3. Setelah pekat, matikan api dan biarkan kastard sejuk sedikit.
  4. Seterusnya, kita akan mula menyusun lapisan. Dalam bekas atau gelas, mulakan dengan lapisan biskut di bahagian bawah.
  5. Letakkan lapisan pisang yang telah dihiris nipis.
  6. Tuangkan kastard yang telah sejuk tersebut.
  7. Ulang langkah ini sehingga semua bahan digunakan. Akhiri dengan lapisan kastard di bahagian paling atas.
  8. Untuk hiasan, pukul krim pencetak hingga kembang dan sapu di atas lapisan terakhir.
  9. Taburkan serbuk biskut atau hirisan pisang segar di atasnya.
  10. Masukkan dalam peti sejuk selama sekurang-kurangnya 2-3 jam sebelum dinikmati. Jika semalaman, lebih sedap!

Tips Tambahan:

  • Gunakan pisang yang benar-benar masak untuk rasa manis semulajadi.
  • Anda juga boleh menambah sedikit serbuk kayu manis dalam kastard jika gemar aroma klasik.

Baca juga: Resipi Kek Coklat Ganache, Tidak Perlu Mixer Pun Boleh Buat Kek Sedap Ini



Sumber pautan

Scroll to Top