Resipi Ikan Masak Merah Mudah: Rasa Nostalgia Masakan Ibu!


ikan masak merah

Melihat ikan dalam peti sejuk, segera terlintas untuk memasak Ikan Masak Merah. Tidak menghairankan, hidangan ini sangat digemari oleh ibu-ibu untuk disediakan di rumah setiap minggu kerana ia tidak pernah membuatkan kita bosan untuk menikmatinya.

Banyak yang merujuk kepada Ikan Masak Merah ini sebagai ikan masak sambal dan kesedapan hidangan ini memang tidak dapat disangkal. Lebih-lebih lagi jika dinikmati bersama nasi putih yang panas, nikmatnya semakin bertambah.

Baru-baru ini, kami menemui perkongsian resipi Ikan Masak Merah oleh Nur Allyssia di Facebook dan ternyata memasak hidangan ini sangat mudah dilakukan di rumah. Jom kita cuba!

Baca juga: Ikan Masak Asam Paling Mudah Dengan 5 Langkah, Hirup Kuahnya Rasa Nikmat!

RESIPI IKAN MASAK MERAH

ikan masak merah

Bahan utama:

Bahan kisar:

  • 6 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • Halia (saiz ibu jari)
  • Kunyit hidup (saiz ibu jari)
  • 2 batang serai
  • 4 biji cili kering (jika mahukan pedas, boleh tambah lebih)

Cara-cara memasak:

1. Pertama sekali, lumurkan ikan dengan serbuk kunyit dan garam.

2. Selepas itu, goreng ikan sehingga separuh garing.

3. Kemudian, panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar bersama sedikit gula Melaka hingga pecah minyak.

4. Seterusnya, masukkan sedikit air dan masak hingga pekat.

5. Tambahkan tomato yang telah dibuang bijinya dengan sedikit garam dan perasa.

6. Setelah itu, masukkan ikan yang telah digoreng tadi.

7. Akhir sekali, masukkan bawang bombay yang telah dihiris bulat. Siap untuk dihidangkan!

ikan masak merah

Resipi yang mudah ini juga boleh menggunakan pelbagai jenis ikan lain mengikut citarasa anda. Selain sebagai hidangan tengah hari, ia juga sesuai untuk makan malam.

Semua orang menyukai resipi hidangan yang mudah disediakan seperti Ikan Masak Merah ini. Lagi pula, cara penyediaannya sangat mudah dan tidak memerlukan banyak bahan pun.

Selamat mencuba!

Sumber: Nur Allyssia

Baca juga: Ikan Kembung Masak Lemak Cili Api Campur Kacang Buncis, Lauk Ringkas Untuk Tengah Hari



Source link

Scroll to Top