Resipi Kek Batik Pandan Lembut: Dijamin Memikat Hati dan Lidah!


kek batik pandan

Apabila ditanya mengenai hidangan pencuci mulut yang paling mudah disediakan di rumah, pasti ramai yang akan menyebut Kek Batik Pandan. Hal ini kerana, resipi ini tidak memerlukan oven sama sekali.

Untuk pengetahuan anda, Kek Batik adalah sejenis dessert di Malaysia yang dibuat tanpa proses pembakaran dan sering disajikan semasa majlis perayaan.

Biskut merupakan salah satu bahan utama dalam membuat pelbagai variasi Kek Batik, dengan biskut Marie menjadi pilihan popular kerana rasanya yang lebih enak.

Umumnya, pencuci mulut ini dihasilkan bersama coklat ganache, tetapi kali ini kami berjumpa resipi yang berbeza iaitu Kek Batik Pandan yang amat lembut.

Baca juga: Kek Pisang Sukatan Cawan, Tampil Berurat Menarik Jika Ikuti RAHSIA Ini

RESEPI KEK BATIK PANDAN

kek batik pandan

Bahan-bahan:

Cara penyediaan:

1. Pertama sekali, cairkan butter dengan api sederhana.

2. Kemudian, masukkan susu pekat serta susu cair, dan gaul sehingga rata.

3. Selepas itu, tambahkan nestum, pes pandan dengan pewarna, dan gaul hingga pekat.

4. Seterusnya, padamkan api dan masukkan biskut marie sambil diadun secara menyeluruh.

kek batik pandan

5. Akhir sekali, masukkan ke dalam bekas dan tekan hingga padat, kemudian sejukkan dalam peti ais selama beberapa jam. Setelah itu, ia sedia untuk dipotong dan dinikmati!

Hasilnya yang lembut dan cair di mulut pasti membuatkan anda merasa sangat puas menikmatinya. Sekali anda merasai pencuci mulut ini, pasti tidak sempat untuk memandang kiri dan kanan.

Jangan risau jika anda tidak tahu cara menyediakan kek, kerana individu yang tidak berpengalaman sekalipun boleh mendapatkan hasil yang baik setelah mencuba Kek Batik Pandan ini.

Siapa tahu, tiba-tiba anak teringin untuk menikmati kek yang enak, pilihan yang paling mudah dan cepat mesti menggunakan resipi Kek Batik Pandan ini.

Selamat mencuba!

Sumber: Fatien Zaini

Baca juga: Resepi Kek Batik Rangup Tanpa Loyang, Boleh Buat Menggunakan Bekas Biasa Di Rumah



Link sumber

Scroll to Top