Resipi Menyegarkan: Soya Kurma Cincau Sihat yang Mudah Disediakan di Rumah!


soya kurma

Jika anda mempunyai sisa kurma di rumah, cubalah buat Air Soya Kurma Cincau ini. Ia bukan sahaja merupakan minuman yang sihat dan menyegarkan, malah memberi rasa kenyang dan tenaga yang baik.

Bagi anda yang belum pernah mencuba membuat minuman ini di rumah, kami syorkan anda mencubanya sekali dalam seumur hidup kerana rasanya yang luar biasa tidak dapat ditandingi.

Anda boleh menghasilkan minuman yang berkhasiat ini menggunakan bahan-bahan mudah dengan mengikuti langkah demi langkah yang diperlihatkan oleh ariannakitchen di TikTok. Mari kita percuba!

Baca juga: Cara Buat Air Sunquick Laici Yang Sangat Lazat Berkrim, Setiap Tegukan Terasa Nikmat!

RESIPI AIR SOYA KURMA CINCAU

soya kurma

Bahan-bahan:

  • 1 liter air soya dalam kotak saiz besar (saya gunakan jenama F&N)
  • Cincau (dipotong kecil-kecil)
  • 6 biji kurma (bijinya dibuang)
  • Ais secukup rasa

Langkah-langkah pembuatannya:

1. Pertama sekali, potong cincau kepada saiz kecil.

2. Seterusnya, asingkan biji daripada kurma.

3. Kemudian, masukkan kurma dan air soya ke dalam blender.

4. Seterusnya, kisar sehingga halus dan lembut.

soya kurma

6. Selepas itu, tuangkan campuran air ke dalam jug.

7. Seterusnya, masukkan cincau ke dalam jug juga.

8. Akhirnya, tambahkan ais secukupnya.

Kelembutan soya, kemanisan kurma dan kejelitaan cincau menjadikan minuman ini layak untuk berbuka puasa atau dinikmati sebagai minuman sejuk di kala cuaca panas. Sekali tegukan, pasti akan inginkan lagi.

Selamat mencuba!

Sumber: ariannakitchen

Baca juga: Resepi Air Anggur Susu Float, Segar Berkrim yang Memuaskan Tekak!





Source link

Scroll to Top