Jika anda gemar menikmati ikan yang dibakar, resipi ikan talapia bakar ini memang wajar dicuba. Bahan-bahannya mudah didapati dan cara penyediaannya tidak sukar.
Ikan talapia bakar ini sesuai dihidangkan untuk makan tengah hari atau malam. Rasanya enak, isinya lembut dan berair.
Paling menarik, anda tidak memerlukan grill khas. Gunakan sahaja kuali atau air fryer, hasilnya tetap sedap.
Baca juga: Resipi Ikan Masak Asam Mudah, Tidak Memerlukan Banyak Bahan Tapi Selera Yang Cukup!
RESEPI IKAN TALAPIA BAKAR
Bahan-bahan:
- Ikan talapia
- 2 sudu minyak masak
- 2 sudu serbuk kunyit
- 1 sudu gula
- 1 sudu garam
- 3 sudu besar sos cili Enaq (atau jenama lain yang disukai)
- 1 sudu susu pekat
Cara-caranya:
- Bersihkan ikan talapia, kemudian buat kelaran sedikit di bahagian sisi agar perapan mudah meresap.
- Dalam mangkuk, campurkan minyak masak, serbuk kunyit, gula, garam, sos cili dan susu pekat. Gaul hingga sebati.
- Lumurkan campuran perapan pada ikan dengan rata, termasuk di bahagian kelaran.
- Perap selama 30 minit agar rasa meresap dengan baik.
- Panaskan grill atau kuali tidak melekat. Bakar ikan dengan api sederhana hingga masak dan garing di kedua-dua sisi.
- Setelah ikan siap dibakar, sapukan sekali lagi dengan sos cili. Ini akan membuat ikan kelihatan lebih berkilat, wangi dan menggugah selera.
- Angkat dan hidangkan bersama sambal kicap atau sambal belacan.
Sumber: Tengku Roselyza Raja Muhammad
Baca juga: Rahsia Ikan Siakap Stim Sedap & Tanpa Hanyir, Rasa Seperti Makan Di Kedai Siam!