Bangun untuk sahur, terus terlintas untuk menyediakan hidangan dengan cepat. Oleh sebab itu, kami ingin berkongsi salah satu Resipi Campak Campak menarik iaitu Nasi Putih Telur Dadar Berinti.
Ramai yang menyukai hidangan telur dadar dan nasi yang panas. Ditambah dengan kicap yang enak, selera pada waktu sahur pun dapat terangkat dibuatnya.
Jika tidak ada idea hidangan saat sahur, kami Syorkan anda mencuba resipi istimewa ini. Jom kita mencuba!
Baca juga: Tart Telur Gaya Baru: Roti Paratha dan Air Fryer untuk Hidangan Mudah dan Sedap!
RESIPI NASI PUTIH TELUR DADAR BERINTI
Bahan-bahan:
Cara-cara untuk memasak:
1. Pertama, masak nasi putih terlebih dahulu supaya apabila telur siap, dapat dinikmati dalam keadaan panas.
2. Selepas itu, hiriskan 1 biji cili padi untuk menyediakan rasa pedas yang menggigit.
3. Kemudian dalam mangkuk, masukkan 1 biji telur bersama dengan 2 sudu besar sayur campuran.
4. Tambahkan cili yang telah dihiris, sedikit lada dan garam cukup rasa, lalu kacau hingga sebati.
5. Seterusnya, panaskan sedikit minyak dalam kuali dan ratakan.
6. Tuangkan adunan telur dan ratakan, kemudian goreng hingga keemasan yang cantik di kedua-dua belah.
7. Apabila ia mula menggelembung sedikit, segera angkat dan sajikan dengan nasi putih yang panas. Siap!
Resipi Nasi Putih Telur Dadar Berinti sangat mudah untuk disediakan dan anda tidak perlu menggunakan banyak bahan. Jadi, hidangan ini dapat digunakan sebagai idea sahur di rumah.
Biasanya, telur dadar dibuat secara kosong, tetapi cara ini dapat menjadikan telur dadar anda kelihatan lebih menarik dan sedap dinikmati bersama nasi panas.
Selamat mencuba!
Baca juga: Tart Telur Gaya Baru: Roti Paratha dan Air Fryer untuk Hidangan Mudah dan Sedap!