Setiap kali berkumpul dengan keluarga di rumah, waktu lapang pasti tidak akan dibiarkan terbuang. Sambil-sambil itu, jom kita cuba cara membuat Popia Cheese yang mudah ini.
Popia Cheese menjadi pilihan kudapan yang sangat sedap untuk dinikmati, kerana kepingan yang rangup, masin dan berkrim pastinya membuatkan sesiapa yang cuba tidak akan berhenti makan.
Jika anda berhasrat untuk menyediakan sajian enak di rumah, resipi Popia Cheese yang dikongsikan oleh Farhana Ismail ini patut dicuba kerana kerangupannya sangat luar biasa. Mari kita mencuba!
Baca juga: Resepi Popia Nestum Paling Ringkas Menggunakan 5 Bahan, Kunyah Sampai Tak Berhenti!
CARA BUAT POPIA CHEESE
Bahan-bahan:
Langkah-langkah penyediaan:
1. Pertama sekali, gunting kulit popia dan pecahkan kepada kepingan kecil.
2. Seterusnya, kisar 4 sudu besar serbuk keju, 2 sudu besar gula dan 1 sudu besar serbuk cili.
3. Selepas itu, goreng kepingan popia hingga keemasan, angkat dan toskan.
4. Tambahkan kepingan popia yang telah digoreng ke dalam satu bekas bertutup dan taburkan bahan kisar di atasnya.
5. Akhir sekali, goncang bekas sehingga bahan kisar menyelimuti kulit popia dengan sekata. Siap untuk dinikmati!
Cara penyediaan Popia Cheese ini sebenarnya boleh disesuaikan dengan bentuk lain seperti gulung atau simpul. Di samping itu, anda juga boleh mencuba versi pedas atau krim.
Selamat mencuba!
Sumber: Farhana Ismail
Baca juga: Popia Pepero, Menggunakan Kulit Popia Namun Sedap dan Rangup!