Resipi Segar: Tembikai Laici Tanpa Gula dengan 3 Bahan Ringkas namun Memikat!


tembikai laici

Jus buah seringkali menjadi pilihan minuman untuk berbuka puasa kerana menyegarkan. Jika anda belum pernah mencipta air Tembikai Laici di rumah, kami syorkan anda mencuba hari ini.

Setelah seharian berpuasa, pasti tubuh merasa letih dan memerlukan minuman segar yang lazat. Terlebih lagi jika ditambah dengan ais yang dingin, rasa penat pun terus hilang.

Ramai peniaga minuman di bazar menjual air Tembikai Laici kerana ia adalah antara minuman terlaris jika dijual semasa bulan Ramadan.

Ingin mencuba membuat air Tembikai Laici sendiri di rumah, anda boleh mengikuti resipi yang dikongsi oleh Ben Safwan di Facebook ini dan hasilnya sangat memuaskan. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara Membuat Air Jagung Krimi, Rasa Lemak Berkrim Pasti Anak-Anak Berebut Untuk Minum

RESIPI AIR TEMBIKAI LAICI

tembikai laici

Bahan-bahan:

  • 1kg tembikai (ditimbang bersama kulitnya)
  • 1 tin laici
  • 1 botol air lemon rumah

Cara-cara membuat:

1. Pertama, kupas kulit tembikai dan masukkan isinya ke dalam blender.

2. Selepas itu, tambahkan air lemon dan kisar hingga semua bahan hancur.

3. Kemudian, tapis untuk membuang sedikit hampas atau buih (lebih kurang 1/3 hampas) bagi mengelakkan jus pekat bercampur.

4. Seterusnya, masukkan air laici tin.

5. Akhirnya, boleh tambah ais secukupnya. Siap untuk dinikmati!

tembikai laici

Resipi air Tembikai Laici ini tidak menggunakan gula atau susu sama sekali kerana minuman ini sudah cukup manis dengan gabungan semua air yang digunakan.

Sesekali menyedikan jus buah sendiri di rumah untuk orang yang disayang, apa salahnya. Lebih-lebih lagi, ianya baik untuk kesihatan juga.

Selamat mencuba!

Sumber: Ben Safwan

Baca juga: Jus Mangga Dengan 5 Bahan Mudah, Apabila Dinikmati Rasa Segar Luar Biasa



Pautan sumber

Scroll to Top