Musim cuti semakinhampir, tetapi masih bimbang untuk merantau sebab tidak pasti mengenai lokasi makan halal, waktu solat atau aktiviti yang sesuai? Jangan khuatir, kini anda sudah mempunyai teman perjalanan yang boleh dipercayai!
Dari bulan Mei hingga Disember 2025, syarikat peneraju penerbitan digital di Malaysia, REV Media Group (REV) di bawah jenama Sirap Limau, My Resipi, VOCKET dan Waktu Solat Malaysia bersatu dalam sebuah kempen khas yang dikenali sebagai Halal Travel.
Ia dirancang khusus bagi membantu pelancong Muslim yang merantau ke luar negara dengan lebih tenang, selamat dan penuh keyakinan!
Baca Juga: Resepi Sarapan Oatmeal, Sup & Wrap yang Berpatutan Ketika Travel, Semua Mesra Poket!
Baca Juga: 10 Negara Bajet dengan Pilihan Makanan Halal Sedap & Murah, Jalan-Jalan Tanpa Ragu!
Kempen ini bukan hanya sekadar saranan tempat pelancongan. Ia merupakan inisiatif menyeluruh yang membawakan panduan makanan halal, waktu solat & arah kiblat, tip perjalanan & keselamatan serta aktiviti ‘halal-friendly’ yang menarik.
MyResipi: Memfokuskan kepada makanan halal & eksplorasi kulinari. Anda boleh mencari restoran halal, masakan tempatan yang perlu dicuba dan resipi mudah jika mahu memasak sendiri semasa travel.
VOCKET: Sesuai untuk mereka yang gemar backpacking atau merantau solo. Terdapat tip bajet, hidden gems, street food halal dan maklumat keselamatan yang penting untuk pengembara bebas.
SirapLimau: Dikhususkan untuk keluarga yang bertravel dengan anak-anak. Terdapat senarai tempat yang selamat, restoran mesra keluarga dan tip perjalanan untuk ibu bapa Muslim.
Kempen Halal Travel dibahagikan kepada tiga fasa menarik berdasarkan musim dan keperluan pelancong:
Fasa 1 (Mei–Jun) menekankan pelancongan bajet dan lokasi-lokasi berpatutan yang ideal bagi anda yang ingin berjimat tanpa perlu berbelanja besar.
Fasa 2 (Julai–September) pula mengutamakan percutian yang berfokus pada penyembuhan dan spiritual, sesuai untuk mereka yang mencari ketenangan dan waktu untuk merenung diri.
Terakhir, Fasa 3 (Oktober–Disember) memberi perhatian kepada percutian sekolah dan keluarga, dengan saranan destinasi yang mesra kanak-kanak dan petua untuk memudahkan ibu bapa bercuti bersama anak-anak.
Kempen ini berasaskan kepada 3 tiang utama:
Makanan (Food)
Bingung nak makan apa? Di mana? Semua jawapan ada. Dari street food halal sehingga ke resipi DIY, semua dijadikan satu untuk membantu anda!
perut penuh, hati pun gembira.
Tip & Info (Petua Perjalanan)
Tak pasti di mana untuk solat? Keliru tentang budaya setempat? Jangan panik, ada panduan solat, arah kiblat, dan maklumat berguna untuk memastikan anda tidak tersesat apabila tiba di negara orang.
Aktiviti (Pengalaman)
Jangan perjalanan hanya untuk berbelanja. Cuba aktiviti yang mesra halal seperti melawat pasar seni, muzium Islam atau menikmati pengalaman alam yang menenangkan.
Semua maklumat menarik ini boleh dicapai melalui laman web khusus Halal Travel yang akan dilancarkan dalam masa terdekat. Jangan khuatir, segala-galanya tersedia dalam satu lokasi — mudah, pantas dan mesra pengguna.
Laman web Halal Travel ini juga akan menampilkan ciri-ciri bermanfaat yang boleh digunakan semasa anda melancong seperti Qibla Finder yang dapat membantu anda menemui arah kiblat di mana sahaja.
Selain itu, ia juga menyediakan ciri Waktu Solat Mengikut Lokasi daripada Waktu Solat Malaysia. Jadi anda tidak perlu mengira secara manual lagi!
Pengembara solo yang mencintai cabaran
Pencinta makanan yang memprioritaskan status halal
Ibu bapa yang ingin merancang cuti untuk anak-anak
Anda yang mahu melancong dengan tenang tanpa keraguan
Untuk info lanjut mengenai Halal Travel, kunjungi www.myresipi.com/halaltravelmy
Jangan lupa untuk mengikuti Sirap Limau, My Resipi, VOCKET, dan Waktu Solat Malaysia di Facebook, Instagram, dan TikTok untuk lebih banyak panduan, petua, serta inspirasi perjalanan halal sepanjang tahun!