Roti canai merupakan sajian yang disukai ramai, namun banyak yang beranggapan ia sukar untuk disediakan. Dengan resepi roti canai yang mudah ini, anda boleh menghasilkan roti canai di rumah tanpa perlu menebar! Hasilnya tetap lembut di dalam dan rangup di luar.
Resipi ini mudah dilaksanakan dan sesuai bagi sesiapa sahaja yang ingin mencuba. Dengan bahan-bahan yang sederhana dan langkah-langkah yang ringkas, anda pasti dapat menikmati roti canai buatan sendiri yang sedap. Jom cuba, pasti berpuas hati!
Baca juga: Resipi Roti Bakar Kaya Butter Ala Kopitiam, Cuma Perlu 3 Bahan Tapi Rasa Mewah!
RESEPI ROTI CANAI SIMPLE
Bahan-bahan:
- 4 cawan tepung gandum (ukuran menggunakan cawan biasa yang digunakan untuk mengukur air)
- 1 1/2 sudu teh garam
- 2 sudu besar susu pekat manis
- 2 sudu besar minyak masak
- 1 cawan air (gunakan air sejuk)
- Mentega dan minyak untuk melumurkan doh
Langkah-langkah:
- Masukkan 4 cawan tepung gandum ke dalam satu bekas besar.
- Kemudian, tambahkan 1 1/2 sudu teh garam, 2 sudu besar susu pekat manis dan 2 sudu besar minyak masak. Gaul semua bahan ini tanpa menggunakan air terlebih dahulu.
- Setelah semua bahan bercampur rata, tambahkan 1 cawan air sedikit demi sedikit. Simpan baki 1 cawan air di tepi jika perlu. Pastikan air yang digunakan adalah sejuk.
- Gaul semua bahan menggunakan tangan dan uli doh selama kira-kira setengah jam. Jika dirasakan air yang digunakan tidak mencukupi, tambahkan sedikit air lagi sehingga doh tidak melekat pada tangan dan menjadi licin.
- Biarkan doh berehat selama 15 minit dengan menutupnya menggunakan kain bersih.
- Selepas 15 minit, uli doh sekali lagi selama 20 minit sehingga permukaannya menjadi licin dan elastik.
- Pecahkan doh kepada beberapa bahagian kecil, kemudian lumurkan setiap bahagian dengan mentega dan minyak. Pastikan bekas doh dilumuri sedikit dengan minyak.
- Tutup bekas dan biarkan doh berehat sekurang-kurangnya selama 6 jam. Jika boleh, biarkan selama 8 jam untuk hasil yang lebih baik.
- Setelah itu, ambil doh dan tebarkan. (Jika tidak biasa menebar roti canai, anda boleh menggunakan dulang seperti yang dilakukan oleh orang dahulu).
Sumber: Syalfarina Razali
Baca juga: Roti Tak Habis Jangan Buang, Boleh Buat Roti Kering Bergula Yang Rangup!