Roti Goreng Berlauk: Kreasi Garing Menggoda yang Tak Pernah Redup


resepi roti goreng rangup

Terdapat pelbagai pilihan menu ringkas dan mudah yang boleh anda cuba. Salah satu daripadanya adalah resepi roti goreng rangup inti berlauk. Dengan mengubah roti sandwic biasa, anda boleh menjadikannya sebagai hidangan yang sangat lazat!

Di samping itu, resipi ini sangat boleh disesuaikan kerana anda boleh menggantikan inti dengan bahan lain mengikut selera. Hasilnya, roti rangup dan sangat enak selepas digoreng!

Baca juga: Jom Buat Sendiri Roti John Cheese Leleh, Lagi Puas Hati Boleh Tambah Inti Lebih!

RESEPI ROTI GORENG RANGUP INTI BERLAUK

resepi roti goreng rangup

Bahan-bahan untuk inti berlauk:

  • Telur (digoreng hancur tanpa minyak)
  • Ayam (direbus dan dicincang halus)
  • Sosej (direbus dan dihiris halus)
  • Daun ketumbar atau daun sup (dihiris halus)
  • Carrot (dihiris nipis)
  • Mayonis
  • Serbuk lada hitam atau serbuk lada putih

Bahan-bahan untuk roti:

  • Roti Gardenia (atau roti pilihan lain)
  • Tepung bestari (untuk melapisi)
  • Air (untuk adunan tepung bestari)
  • Minyak (untuk menggoreng)

Cara-cara penyediaan:

  1. Campurkan inti berlauk dengan mayonis dan serbuk lada hitam atau serbuk lada putih.
  2. Belah roti kepada dua. Seterusnya, letakkan inti berlauk di tengah roti dan lipatkan.
  3. Bancuh tepung bestari dengan sedikit air.
  4. Salutkan roti yang telah diisi dengan inti berlauk dalam adunan tepung basah.
  5. Kemudian golekkan pula ke dalam tepung bestari kering sebelum digoreng.
  6. Pastikan minyak benar-benar panas dan goreng dengan api sederhana hingga roti rangup dan berwarna keemasan.

Sumber: Mleisya Scarf Comel Sokmo

Baca juga: Cara Buat Roti Bakar Dengan 3 Bahan Mudah, Garing Bukan Main Lagi



Sumber pautan

Scroll to Top