Resepi sagu gula melaka yang mudah ini benar-benar menjadi pilihan ramai, terutama untuk dinikmati di hari yang panas. Ia lebih menyelerakan apabila disajikan sejuk setelah dikeluarkan dari peti sejuk.
Bayangkanlah kombinasi rasa manis berlemak dari santan dan gula melaka, ditambah lagi dengan tekstur sagu yang kenyal, memang membuatkan kita ingin menikmatinya berulang kali.
Hidangan ini cukup sesuai untuk seisi keluarga. Apabila ada tetamu berkunjung, anda juga boleh menyambut mereka dengan hidangan ringkas dan menggugah selera ini.
Baca juga: Resipi Kuih Sagu Pandan, Kukus Seperti Ini Memang Lembut dan Sempurna
RESIPI MUDAH SAGU GULA MELAKA
Bahan-bahan sagu:
- 1 cawan sagu
- 3 cawan air
- ½ cawan gula
- Perisa sirap (mengikut citarasa)
Cara-cara menyediakan sagu:
- Masak sagu sehingga hilang warna putihnya.
- Tuang campuran sagu ke dalam loyang.
- Letakkan dalam peti sejuk dan biarkan sejuk.
Bahan-bahan untuk kuah:
Cara-cara menyediakan kuah:
- Rebus 1 kepingan gula melaka dengan 1 cawan air sehingga gula larut sepenuhnya.
- Masak 1 kotak santan dengan ½ cawan air (kerana santan sangat pekat). Tambahkan sedikit garam untuk meningkatkan rasa.
- Sudu sagu yang sudah sejuk ke dalam mangkuk dan tuangkan kuah ke atas sagu.
- Jadikan hidangan ini sejuk-sejuk, ia benar-benar sedap. Selamat mencuba!
Kredit: Ramzie Saimian melalui Kongsi Resepi Ilmu Masakan (KRIM)
Baca juga: Resipi Kuih Sagu Merah Paling Mudah, Tanpa Perlu Memasak Dulu Sebelum Kukus