“Sajian Bihun Singapore: Lezatnya untuk Anak, Tambahkan Sambal Khusus untuk Dewasa!”


 

bihun singapore

Sesekali, menyajikan hidangan mudah yang digemari oleh seluruh keluarga menjadi momen yang manis untuk dinikmati bersama. Kali ini, mari kita eksperimen dengan resipi bihun Singapore yang ringkas tetapi penuh rasa.

Hidangan ini sesuai untuk sajian harian atau majlis kecil bersama keluarga dan rakan-rakan. Resipi ini turut menyediakan sambal tumis ikan bilis bagi penggemar rasa pedas.

Jadi, apa lagi yang anda tunggu? Jom kita siapkan bahan-bahannya!

Baca lebih lanjut: Resipi Daging Tetel Masak Kuah Dalca, Makan Dengan Apa Saja Pasti Sedap!

RESIPI BIHUN SINGAPORE

Bahan-Bahan untuk Bihun Singapore

  • Bihun
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Ikan bilis 
  • Biji lada hitam
  • Lobak merah
  • Sayur sawi
  • Fish ball
  • Fish cake
  • Telur
  • Garam

Cara Memasak Bihun Singapore

1. Rendam bihun sehingga lembut dan toskan.

2. Sayur serta bahan hiasan lain seperti fish ball, fish cake, dan lobak dipotong mengikut saiz dan bentuk pilihan.

3. Kisar bawang besar, bawang putih, dan ikan bilis hingga halus.

4. Tumis bahan kisar (bawang dan ikan bilis) dalam minyak sehingga melekat aroma wangi.

5. Masukkan fish ball, fish cake, dan telur ke dalam tumisan tersebut. Pastikan telur hancur dan rata.

6. Tambah lada hitam yang dihancurkan kasar ke dalam tumisan.

7. Masukkan sedikit air, cukup untuk melarutkan bihun tanpa menjadikannya berair.

8. Tambahkan bihun ke dalam adunan tumisan. Kacau hingga semua bahan sebati.

9. Sertakan sayur seperti sawi dan lobak, dan gaul rata.

bihun singapore

10. Perasakan dengan garam mengikut citarasa.

11. Kacau sehingga semua bahan sebati dan bihun masak dengan baik.

bihun singapore

Bahan-Bahan Sambal Tumis Ikan Bilis

  • Ikan bilis
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Cili kering
  • Garam

Cara Memasak Sambal Tumis Ikan Bilis

1. Kisar cili kering secara berasingan dengan sedikit air.

2. Kisar bawang besar, bawang putih, dan ikan bilis hingga menjadi pes kasar.

3. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bawang sehingga menghasilkan aroma wangi.

4. Masukkan cili kisar dan teruskan menumis sehingga minyak pecah.

5. Tambah garam mengikut keperluan. Pastikan cili dimasak sepenuhnya untuk mendapatkan sambal yang pekat dan sedap.

6. Terakhir, masukkan hirisan bawang besar untuk menambah tekstur dan rasa pada sambal.

7. Hidangkan sambal tumis ikan bilis serasi dengan bihun Singapore yang telah dimasak.

Tip Tambahan

  • Untuk bihun yang tidak melekat, pastikan bihun direndam tetapi tidak terlalu lembut semasa proses rendaman awal.

Sumber: Mamaa Sal 

Baca lebih lanjut: 10 Serbuk Matcha Yang Wajib Anda Tahu Sebelum Membeli, Barulah Sedap Membancuh Air!



Sumber pautan