Warga Malaysia memang tidak dapat lari dari menikmati hidangan utama bersama sambal. Lebih-lebih lagi jika dapat menikmatinya dengan Sambal Belacan Thai, tentu saja menjadikan selera semakin menggebu.
Sambal Belacan Thai amat sesuai dijadikan pelengkap untuk sajian nasi berlauk. Kadangkala, sambal ini sahaja yang disertai ikan goreng sudah lebih daripada cukup untuk meningkatkan selera.
Jika anda ingin menyediakan sambal yang segera siap tanpa perlu menyimpannya, ikuti resipi yang telah dikongsikan oleh Noor Hafiza Mohamad di Facebook ini. Mari kita cuba!
Baca juga: Sambal Pucuk Ubi Rangup, Ikuti Tips Ini untuk Hasil yang Baik dan Tidak Serap Minyak
RESIPI SAMBAL BELACAN THAI
Bahan-bahan:
Cara-cara membuat:
1. Pertama sekali, masukkan cili padi merah, cili padi hijau, cili besar, bawang merah, bawang putih jeruk, belacan, dan gula melaka ke dalam mesin pengisar.
2. Seterusnya, tambahkan penambah rasa seperti cuka, garam, gula, dan sedikit ajinomoto.
3. Akhir sekali, masukkan air masak secukupnya dan kisar hingga halus. Kemudian, perah limau kasturi mengikut cita rasa. Sedia untuk digunakan!
Biasanya, untuk membuat sambal ini semua bahan perlu dibakar, tetapi dengan versi ekspres ini, ia lebih cepat disiapkan dan boleh terus digunakan untuk menjadikan hidangan di rumah lebih sempurna.
Sambal Belacan Thai begitu digemari ramai, terutama ketika menikmati juadah di kedai makan Thai kerana gabungan rasa pedas, masam, dan sedikit manisnya sungguh memikat hati.
Sesetengah individu lebih gemar sambal yang segar dibandingkan dengan yang telah disimpan, jadi kami percaya resipi ini pasti akan menarik minat seisi keluarga untuk menikmatinya.
Jika ada ahli keluarga yang kurang menyukai pedas, boleh kurangkan cili padi atau bahkan tidak menggunakan cili besar sekalipun, kerana kelezatannya tetap terasa ketika dinikmati.
Selamat mencuba!
Sumber: Noor Hafiza Mohamad
Baca juga: Resepi Sambal Belacan Siam, Tambah Bahan ‘Ini’ untuk Kelezatan Beraroma