Bagi mereka yang belum pernah mendengar tentang resepi Sambal Bunga Kantan, pasti akan terkejut selepas merasainya. Ternyata, hidangan tradisional ini amat istimewa dengan rasa segar dan pedas yang sulit dilupakan.
Sambal Bunga Kantan memanfaatkan bunga kantan sebagai bahan utama bersama cili kisar dan digabungkan dengan ikan bilis. Dalam masakan Melayu, bunga kantan dikenali dengan citarasanya yang segar dan sedikit masam.
Jika anda sudah terbiasa dengan belacan atau tumis, kali ini apa kata cuba resepi Sambal Bunga Kantan yang dikongsikan oleh Nor Misnor di Facebook ini.
Baca juga: Rahsia Menyimpan Bunga Kantan Agar Tidak Berbirat Hitam, Kekal Segar & Menawan Seperti Baru Dipetik!
RESEPI SAMBAL BUNGA KANTAN
Bahan-bahan:
Bahan-bahan kisar:
Langkah-langkah memasak:
1. Pertama sekali, hiris bunga kantan dan goreng sehingga garing.

Kredit gambar: Facebook Umi Faiz
2. Setelah itu, goreng ikan bilis hingga garing juga.
3. Kemudian, tumiskan bahan kisar hingga benar-benar garing dan pecah minyak.
4. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa, kemudian kacau sehingga rata.
5. Seterusnya, masukkan ikan bilis dan bunga kantan yang telah digoreng tadi.
6. Akhir sekali, kacau sehingga sebati. Jika mahu, boleh masukkan gula menurut citarasa. Siap untuk dihidangkan!
Bukan sahaja lazat, malah Sambal Bunga Kantan juga membawa kita lebih dekat dengan warisan masakan Melayu. Kombinasi rasa pedas dan kesegarannya pasti membuatkan anda tidak pernah jemu untuk menikmatinya.
Selamat mencuba!
Kredit gambar muka depan: Facebook Nor Misnor, PASAR TANI FAMA
Sumber: Nor Misnor
Baca juga: Sambal Pucuk Ubi Rangup, Ikuti Tips Ini Untuk Hasil Yang Baik Dan Tidak Menyerap Minyak