Sambal Grilled Fish Recipe: Bursting with Flavor, No Tamarind Needed!


resepi ikan bakar sambal

Jika anda mencari kelainan dalam hidangan makan tengah hari atau makan malam, mari percuba resepi ikan bakar sambal yang sangat menggoda selera.

Resipi ini menggunakan ikan pari, tetapi anda boleh menggantikan dengan jenis ikan lain yang anda gemari mengikut citarasa masing-masing.

Kesemua bahan yang diperlukan biasanya sudah tersedia di dapur. Tidak perlu bersusah payah pergi ke pasar raya. Jom masak!

Baca juga: Wanita Kongsi Resipi Sambal Ikan Padu, Tak Sia-Sia Mak Ajar Sampai Pandai

RESEPI IKAN BAKAR SAMBAL

resepi ikan bakar sambal

Bahan-bahan:

  • Ikan pari (saiz sederhana)
  • Daun pisang
  • 4 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 10 tangkai cili kering (tambahkan cili padi merah jika ingin lebih pedas)
  • 1 inci lengkuas
  • 1 1/2 inci halia
  • 2 batang serai
  • 3 biji buah keras
  • 20g belacan
  • Air asam jawa
  • Garam
  • Gula melaka
  • MSG

Untuk hiasan:

  • Limau kasturi/limau nipis
  • Cencaluk (jika terlupa membeli cencaluk, boleh diganti dengan limau sahaja)

Cara-cara:

  1. Kisar semua bahan yang ditandakan * sehingga halus.
  2. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak atau hingga naik minyak.
  3. Masukkan air asam jawa, garam, gula melaka dan MSG. Kacau sehingga rata dan masak sekejap. Siap!
  4. Tuangkan sambal yang telah siap ke atas ikan pari yang sudah dibakar di atas grill atau pan.

Kredit: Anna Aziz

Baca juga: Rahsia Sambal Ikan Bilis Pekat & Tak Cair, Sedap Sampai Ramai Tanya Resipi!



Sumber pautan

Scroll to Top