Sambal kicap mentah ini benar-benar lazat apabila dinikmati bersama hidangan seperti ikan goreng, ayam goreng atau telur goreng.
Selain itu, sambal kicap mentah ini mempunyai keistimewaan dengan rasa yang unik dan boleh disajikan sama ada dicicah mahupun disiram mengikut kehendak.
Ia boleh dicicah terus atau disiram ke atas juadah, berdasarkan citarasa individu masing-masing.
Walaupun ringkas, sambal ini amat sedap dan pasti membuat anda teringin. Tidak perlukan lauk lain, sambal ini sudah cukup membuatkan selera terangsang.
Baca juga: Panduan Membuat Sos Pencicah Serba Guna, Sesuai Dimakan Dengan Apa Jua!
CARA MENYEDIAKAN SAMBAL KICAP MENTAH
Bahan-bahan:
- Bawang merah
- Bawang putih (dicincang halus)*
- Cili merah*
- Cili hijau*
- Tomato (dipotong dadu)*
- Kicap manis
- Minyak bijan
- Garam
- Gula merah
- sedikit minyak yang telah digunakan untuk menggoreng (menggunakan sisa minyak goreng ikan)
- Limau nipis
Langkah-langkah:
- Gabungkan semua bahan yang bertanda (*) iaitu bawang merah, bawang putih, cili merah, cili hijau dan tomato.
- Tambahkan kicap manis, garam, gula merah dan minyak bijan. Kacau semua bahan sehingga sebati.
- Setelah itu, masukkan sedikit minyak goreng dan perah limau nipis.
- Kacau lagi sehingga semua bahan bercampur rata dan sambal kicap mentah ini sudah siap untuk dihidangkan.
- Mudah bukan untuk menyediakan. Walaupun ringkas namun menyelerakan apabila dinikmati.
- Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Zana Mokhtar
Baca juga: Resipi Kuah Kacang cicah Cucur Udang, Cara Sangat Mudah & Senang!