Siapa di sini yang menggemari sotong? Jika ada, anda wajib mencuba resipi sambal sotong garing yang pecah minyak ini! Sambal sotong ini unik kerana teksturnya yang kering, garing dan sambalnya memang pecah minyak, memberikan aroma dan rasa yang memukau.
Sambal sotong ini paling enak jika dinikmati dengan nasi panas dan ulam seperti timun. Tekstur sotong yang lembut dan sambal yang pekat dengan kombinasi rasa pedas, masam dan manis pasti akan membuatkan anda ingin tambah lagi!
Jom semak resipi penuh di bawah.
Baca lagi: Petua Melarutkan Santan Beku Dari Peti Sejuk, Teknik Ini Pasti Membantu Santan Jadi Cair Dengan Baik!
RESIPI SAMBAL SOTONG
Bahan-Bahan Utama:
- Sotong segar (dilumurkan garam dan serbuk kunyit)
- Serbuk kunyit (untuk menambah keenakan)
- Bawang merah ros (dihiris atau ditumbuk)
- Bawang putih (dihiris atau ditumbuk)
- Cili kisar (sesuai dengan tahap kepedasan yang diinginkan)
- Sos tiram (sedikit sahaja untuk menambah rasa)
- Air asam jawa (untuk mengimbangkan rasa masam)
- Garam, gula melaka, dan serbuk perasa (mengikut selera)
Cara Penyediaan:
1. Sotong yang sudah dibersihkan dicampurkan dengan garam dan serbuk kunyit. Biarkan seketika. Serbuk kunyit ini bukan hanya memberikan warna tetapi juga menambah rasa.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang merah dan bawang putih yang sudah dihiris hingga wangi dan sedikit garing.
3. Masukkan cili kisar ke dalam tumisan dan kacau sehingga cili benar-benar pecah minyak. Tambahkan sedikit air dan teruskan menumis sehingga sambal menjadi garing dan kering.
4. Campurkan sos tiram ke dalam sambal. Gaulkan rata.
5. Tambahkan air asam jawa untuk mengimbangkan rasa sambal. Renehkan sambal hingga semakin pekat dan airnya berkurangan.
6. Masukkan sotong yang telah dilumurkan kunyit tadi. Tidak perlu menambah air kerana air sotong akan keluar dan bersatu dengan sambal.
7. Masak sehingga sotong meresap dengan sambal dan menjadi garing.
8. Perasakan sambal dengan garam, gula melaka dan serbuk perasa. Jika mahu, tambahkan hirisan bawang di saat akhir untuk tekstur tambahan.
Sumber: Syalfarina Razali
Baca lagi: DIY Sate Ayam Homemade, Dapat Banyak Dan Memuaskan!