Hidangan berasaskan telur sering menjadi pilihan banyak orang untuk sahur kerana ia sangat cepat dan mudah disediakan. Salah satu resipi yang boleh dicuba ialah telur kicap sambal.
Apabila buntu memikirkan hidangan apa yang ingin dimasak, menu ini memang pilihan yang terbaik. Menjelang penghujung Ramadan, pastinya ramai yang kehabisan idea. Jadi, mari kita cuba!
Baca juga: Petua Asam Pedas Cara Orang Johor Yang Sedap, Kuah Pekat Pasti Menggoda!
RESIPI TELUR KICAP SAMBAL
Bahan-bahan sambal:
- 2 batang cili merah
- 2 batang cili padi merah
- 1 biji bawang besar / 3 ulas bawang merah
- 1 biji tomato
(Jika inginkan lebih pedas, boleh tambahkan cili mengikut selera)
Cara penyediaan sambal:
- Rebus kesemua bahan di atas sehingga layu, kemudian toskan.
- Kisar atau tumbuk kasar bahan yang telah direbus.
- Tumis sambal hingga harum, kemudian perasakan dengan garam atau serbuk perasa mengikut cita rasa.
Bahan-bahan telur:
- 1 biji bawang besar (dihiris nipis)
- 2 biji telur
- 2 sudu besar kicap manis
- 1 biji limau nipis (untuk perahan)
- Sedikit minyak untuk menumis
Cara penyediaan telur:
- Tumis bawang besar yang telah dihiris nipis sehingga wangi.
- Pecahkan telur ke dalam kuali, kemudian tuangkan sedikit kicap manis.
- Terakhir, tuangkan sambal yang telah dimasak tadi, tutup api, dan perah sedikit limau untuk rasa yang lebih sedap.
Sumber: Nurul Aini
Baca juga: Resipi Mi Rebus Utara Kuah Pekat, Buat Banyak Kali Pun Tak Rasa Jemu!