Sepanjang bulan Ramadan, pasti anda lebih memilih hidangan yang dapat disiapkan dengan cepat dan mudah. Jadi, anda boleh mencuba resepi Sambal Telur Pecah ini di rumah pada masa akan datang.
Sambal Telur Pecah adalah satu hidangan yang mengandungi gabungan rasa pedas dan manis dalam sambalnya, serta tekstur telur yang lembut dan berkrim. Setiap suapan pasti membekalkan kelezatan yang sukar dilupakan.
Kami terinspirasi oleh perkongsian resepi Sambal Telur Pecah dari Julia ALeen Aireish di Facebook yang kelihatan sangat menggoda selera. Mari kita cuba!
Baca juga: Telur Mata Sweet Sour, Hidangan Bersama Nasi Panas, Rasa yang Tidak Terkata!
RESEPI SAMBAL TELUR PECAH
Bahan-bahan:
- 3 biji telur
- 4 sudu besar cili yang telah dikisar bersama bawang merah dan bawang putih
- 3 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar gula merah
- 2 sudu besar gula pasir
- Garam mengikut citarasa
Cara-cara memasak:
1. Pertama sekali, tumis cili kisar hingga masak.
2. Selepas itu, tambahkan sos cili, gula merah, gula pasir dan garam.
3. Apabila rasa sudah menyatu, pecahkan telur sebiji demi sebiji ke dalam kuali.
4. Seterusnya, biarkan telur setengah masak sebelum terbalikkan.
5. Akhir sekali, gaul telur dengan lembut dalam kuali sehingga hancur. Ianya siap untuk dihidangkan!
Dengan resepi ini, anda boleh menyediakan hidangan yang mudah untuk dimasak dan sedap di rumah. Jika mahu ianya lebih halus, teruskan menggaul sambil memecahkan telur.
Sambal Telur Pecah ini amat sesuai untuk disediakan sementara menanti gaji masuk. Di samping itu, ia juga boleh dihidangkan sebagai juadah berbuka puasa untuk dinikmati bersama keluarga tercinta.
Selamat mencuba!
Sumber: Julia ALeen Aireish
Baca juga: Tom Yam Telur Mata, Hidangan Ringkas Dengan 3 Langkah Ini Pasti Jadi Pilihan!