Kalau anda pencinta makanan laut, resepi Sambal Tumis Sotong ini mesti anda cuba. Lebih daripada sekadar hidangan harian biasa, ia mampu menjadi sajian istimewa yang memikat selera seisi keluarga.
Sambal Tumis Sotong ini memiliki rasa pedas dan manis yang seimbang, ditambah dengan kuah yang pekat serta berkilau, pasti enak dinikmati bersama nasi putih yang panas.
Perkongsian video resepi Sambal Tumis Sotong yang dikongsi oleh rosehayatie_kitchen di Instagram ini kelihatan sangat menggoda. Jom kita cuba!
Baca juga: 5 Petua Sotong Agar Tidak Keras & Kecut Ketika Dimasak, Sedikit Ramai Yang Tak Tahu Tips No. 3 Paling Berkesan!
RESEPI SAMBAL TUMIS SOTONG
Bahan utama:
- Sotong segar (dibersihkan, buang kulit luar dan mata)
- 1 biji bawang besar (dihiris bulat)
Bahan tumis (dikisar):
Perasa:
- Sedikit pes asam jawa
- Garam secukup rasa
- Gula mengikut selera
- Sekecil kicap manis (untuk mempercantik warna sambal)
Cara-cara memasak:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar (bawang merah, bawang putih, cili kisar) sehingga betul-betul garing dan wangi. Langkah ini penting untuk menghilangkan bau mentah dan memastikan sambal lebih tahan lama.
2. Setelah cili masak dan mengeluarkan minyak, masukkan pes asam jawa. Kacau hingga rata.
3. Tambahkan garam dan gula ikut rasa. Jika gemar sambal yang lebih manis, boleh tambahkan sedikit gula.
4. Sertakan juga sedikit kicap manis untuk warna yang lebih menarik dan rasa yang seimbang.
5. Akhir sekali, masukkan hirisan bawang besar dan sotong yang sudah dibersihkan. Gaul hingga rata dan tunggu sotong masak sebentar sahaja (jangan terlalu lama untuk mengelakkan ia menjadi liat).
Selamat mencuba!
Sumber: rosehayatie_kitchen
Baca juga: Sambal Sotong Cumi Kering, Punyalah Sedap Hingga Adik Suruh ‘Repeat’ Lagi