Samosa Sardin Cheese: Resipi Unik yang Menggoda Selera!


cara buat samosa

Resepi samosa sardin ini benar-benar unik kerana terdapat tambahan keju di dalam lipatan samosa.

Jika anda menginginkan kelainan, anda boleh mencubanya di rumah bila-bila masa. Sangat sesuai untuk sarapan pagi atau minum petang.

Jangan lupa: Panduan Untuk Buat Karipap Sardin Berjerawat & Rangup, Pasti Tak Cukup Satu!

RESIPI SAMOSA SARDIN CHEESE

cara buat samosa

Bahan-bahan:

  • Sekadar minyak (untuk menumis)
  • Bawang putih (dicincang halus)
  • Bawang merah (dipotong dadu)
  • Cili padi (dihiris)
  • Sardin dalam tin
  • Serbuk perasa secukupnya
  • Kentang (jika suka)
  • Limau nipis
  • Kulit popia
  • Lembaran keju

Cara-cara:

  1. Panaskan sedikit minyak untuk menumis dalam kuali.
  2. Tumis bawang putih, bawang merah, dan cili padi sehingga layu dan aromanya terlepas.
  3. Setelah bahan tumis layu, masukkan separuh sos sardin.
  4. Perasakan dengan serbuk perasa secukupnya dan kacau hingga rata.
  5. Hancurkan isian sardin dan masukkan ke dalam kuali.
  6. Jika anda mahu, kentang juga boleh ditambah.
  7. Perah limau nipis secukup rasa.
  8. Masak sehingga kering, kemudian tutup api dan ketepikan bancuhan.
  9. Ambil sehelai kulit popia. (bisa lihat cara lipat di TikTok atau YouTube).
  10. Letakkan 1/2 keping keju di atas kulit popia.
  11. Seterusnya, letakkan isian sardin dan lipat dengan rapi.
  12. Di penghujung lipatan, sapukan campuran tepung dan air untuk memastikan ia melekat dengan baik.
  13. Setelah selesai melipat, goreng samosa dalam minyak dengan api sederhana.
  14. Selamat mencuba!

Kredit resepi dan gambar: Dea Noorfaizura

Jangan lupa: Resipi Karipap Pusing Versi Bulat-Bulat, Sangat Comel Bentuk Sebegini!



Tautan sumber

Scroll to Top