Santapan Ekonomis yang Tahan Lama untuk Petualang Wisata Budget


makanan murah

Bagi mereka yang gemar melancong tetapi mempunyai bajet terhad, pasti akan keliru mengenai pilihan makanan. Terutama jika pergi ke negara yang tidak majoriti Muslim, mencari makanan yang murah dan halal memang satu ujian.

Kadang-kadang makanan halal mungkin tersedia, tetapi harganya sangat tinggi. Silap hari bulan, sekali makan boleh sama dengan harga semalam di hotel bajet!

Oleh itu, perancangan awal adalah amat penting. Mahu menjimatkan, mencari dengan mudah, membawanya dengan praktis dan yang paling utama tahan lama meskipun tanpa peti ais?

Mari kita lihat senarai makanan berpek yang sangat sesuai untuk dibawa ketika melancong ke luar negara!

Baca juga: 10 Makanan Jalanan Halal yang Paling Lazat & Murah Di Asia Yang Perlu Dicuba Ketika Melancong!

SENARAI MAKANAN MURAH BERPEK

1. Mi segera (instant noodles)

makanan murah

Antara makanan yang sentiasa relevan ialah mi segera. Ia bukan sahaja penyelamat ketika melancong, tetapi juga pilihan utama ketika lapar di tengah malam, malas untuk keluar membeli makanan atau sukar untuk mendapatkan makanan halal.

Yang menariknya, mi segera ini murah, ringan, mudah disimpan dan mengenyangkan! Sangat sesuai bagi mereka yang ingin berjimat tetapi tetap mahukan makanan yang sedap. Cuma perlukan air panas, siap!

2. Biskut kering (crackers)

makanan murah

Kredit gambar: Saidatul Arnie

Biskut kering adalah salah satu makanan paling praktikal untuk dibawa ketika melancong kerana ia ringan, tahan lama, dan tidak mudah rosak walaupun disimpan dalam beg selama beberapa hari.

Jika mahu lebih mengenyangkan, boleh dimakan bersama sapuan seperti mentega kacang, coklat, keju, atau dicicah dengan kopi dan teh panas waktu sarapan atau ketika menunggu bas. Seronok bukan?

3. Sardin & tuna dalam tin (pull-tab)

Kredit gambar: Cik Lily Putih.Com

Sardin atau tuna dalam tin sangat berguna untuk dibawa ketika melancong, kerana ia tidak memerlukan pembuka tin dan boleh terus dimakan tanpa perlu…

dimakan.

Tin yang mempunyai pull-tab sangat mudah untuk dibuka, jadi tidak perlu bimbang jika anda terlupa membawa pembuka tin. Ia mempunyai jangka hayat yang panjang dan kaya dengan protein, menjadikannya pilihan ideal untuk menambah tenaga, lebih-lebih lagi jika anda perlu perjalanan jauh.

Boleh disantap begitu saja atau dicicah dengan roti, biskut atau apa saja yang mudah diperolehi. Jangan lupa pilih tin kecil agar lebih mudah untuk dibawa dan disimpan dalam beg.

4. Nasi segera (pek retort)

Kredit gambar: Kembara Meal

Ketika ini, terdapat nasi segera dalam pek vakum, sangat sesuai bagi anda yang ingin menikmati nasi tanpa perlu memasak. Hanya perlu rendam dalam air panas selama beberapa minit atau panaskan menggunakan air mendidih.

Nasi segera ini sangat praktikal, terutama apabila anda ingin menjimatkan masa atau tiada kemudahan dapur. Jika anda ingin lebih lengkap, boleh digandingkan dengan lauk dalam tin seperti sardin atau lauk siap masak. Terus jadi satu set makan tengah hari yang padu dan mengenyangkan!

5. Serunding

Kredit gambar: Makan Lokal

Serunding sama ada dari daging, ayam atau ikan memang tahan lama dan mudah untuk dibawa. Tak perlu disimpan dalam peti sejuk, jadi sangat sesuai untuk dibawa ke mana saja.

Serunding ini sangat serbaguna, boleh dimakan dengan roti, nasi segera atau biskut kering sebagai snek. Nak simpan lama pun mudah, hanya pastikan disimpan dalam bekas kedap udara supaya ia kekal segar dan bertahan lebih lama. Apa yang lebih menarik, serunding ini kaya dengan rasa, jadi anda tidak akan bosan jika dijadikan lauk sepanjang perjalanan.

6. Makanan dalam pek retort

Kredit gambar: Aplikasi Shopee

Pek retort benar-benar menjadi trend kini, terutamanya untuk dibawa ketika melancong. Selain mudah, saiznya yang kecil dan ringan memudahkan anda membawanya ke mana-mana. Pek ini sudah siap dimasak dan boleh dimakan terus setelah dipanaskan atau sejuk sekalipun.

Pek retort sangat sesuai untuk mengubati kerinduan terhadap makanan kampung ketika melancong ke luar negara, atau ketika ingin menikmati hidangan yang lebih ‘berat’ dalam bentuk yang praktikal. Tinggal buka, panaskan dan nikmati!

Namun, sebelum membawa, pastikan anda menyemak syarat-syarat penerbangan kerana terdapat tempat tertentu yang melarang penggunaan pek pemanas.

dalam kabin.

8. Bar tenaga atau bar protein

Bar tenaga atau bar protein merupakan pilihan makanan ringan yang sangat bermanfaat semasa perjalanan, terutamanya untuk aktiviti luar atau mendaki. Ia bersaiz kecil, ringan, dan kaya dengan tenaga, jadi anda tidak perlu bimbang tentang keletihan semasa berjalan atau trekking.

Pilih yang mengandungi kacang dan oat, kerana ia memberikan tenaga berpanjangan dan cukup memuaskan. Bar tenaga ini sangat mudah disimpan dalam beg dan boleh dinikmati pada bila-bila masa.

Dengan semua makanan murah berbentuk pek ini, anda boleh melancong dengan tenang, tanpa perlu risau tentang makanan dan yang paling penting, bajet tetap terpelihara. Jangan lupa, rancang pemakanan dari awal untuk mengelakkan masalah kelaparan di tengah perjalanan!

REV Media Group melalui My Resipi, Sirap Limau, VOCKET, dan Waktu Solat Malaysia memperkenalkan Halal Travel, sebuah kempen yang direka khas untuk membantu pelancong Muslim ke luar negara dengan aman, selamat, dan penuh keyakinan.

Ini adalah inisiatif menyeluruh yang menyediakan panduan makanan halal, waktu solat & arah kiblat, petua perjalanan & keselamatan serta aktiviti ‘halal-friendly’ yang menarik.

Lawati www.myresipi.com/halaltravelmy untuk maklumat lanjut.

Baca juga: 5 Resipi Bekal Mudah & Ekonomik Untuk Kaki Travel, Perut Kenyang, Poket Juga Selamat!
 

 

 



Pautan sumber

Scroll to Top