Sardin Black Pepper: Hidangan Bajet dengan Rasa yang Melampau!


resepi sardin

Ketika ditanya mengenai hidangan mudah saat terdesak, pasti sardin menjadi pilihan utama. Dengan sedikit inovasi, anda boleh mencuba resepi Sardin Black Pepper yang menakjubkan ini.

Resepi Sardin Black Pepper ini dikongsi oleh Anuar Anis di Facebook. Walaupun kelihatan sederhana, ia benar-benar dapat membuatkan anda tambah nasi berulang kali. Ayuh, kita cuba!

Baca juga: Wanita Ini Tunjukkan Cara Menyiapkan Sardin Homemade, Lembut Hingga Tulang Juga Boleh Dimakan!

RESEPI SARDIN BLACK PEPPER

resepi sardin

Bahan-bahan:

  • 1 tin besar sardin
  • 3 biji bawang besar (dipotong tebal)
  • 5 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 5 biji cili padi
  • ½ cawan kicap manis
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar lada hitam (ditumbuk halus)
  • Garam secukupnya
  • Kentang (dipotong dan digoreng)

Cara-cara memasak:

1. Pertama, goreng kentang sehingga keemasan dan ketepikan.

2. Goreng ikan sardin seketika supaya bau hanyirnya hilang dan tekstur menjadi lebih sedap, kemudian asingkan.

3. Menggunakan minyak lebihan goreng sardin, masukan bawang besar, bawang putih, cili padi, kicap manis, sos tiram, lada hitam dan secawan air.

4. Kemudian, masak sehingga kuahnya sedikit kering dan pekat.

5. Akhir sekali, masukkan kembali ikan sardin dan kentang, lalu gaul secara merata. Siap untuk dihidangkan!

Perpaduan rasa pedas lada hitam, manis kicap, dan wangi bawang yang harum menjadikan hidangan ini jauh lebih istimewa berbanding sardin dalam tin yang biasa kita nikmati.

Selamat mencuba!

Sumber: Anuar Anis

Baca juga: Cara memasak sardin cepat tanpa menggoreng, ikut RAHSIA ini pasti tidak hanyir



Source link

Scroll to Top