Sardin Buatan Sendiri: Lembut dan Sedap, Hingga Tulang Pun Boleh Nikmati!


resepi sardin homemade

Sebelum ini biasa memasak sardin dalam tin, hari ini anda boleh mencuba variasi dengan resepi sardin homemade. Dihasilkan dengan tangan sendiri, baru rasa kepuasan dalam menjamu selera.

Jika anda ingin mengetahui cara penyediaannya, boleh ikuti resepi sardin homemade oleh Cik Ijan di Facebook yang lengkap dengan langkah demi langkah. Jom kita berusaha!

Baca juga: Cara Buat Telur Masin Homemade Lebih Wangi, Isinya Pun Terlajak Sedap!

RESEPI SARDIN HOMEMADE

resepi sardin homemade

Bahan-bahan:

  • Ikan sardin + ikan saba mackerel (anggaran 3kg)
  • 2 biji bawang holland (dikisar)
  • 10 biji tomato segar (dikisar)
  • 1 tin tomato puree (anggaran 400g)
  • 1 tin air (guna tin tomato puree tadi)
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Minyak masak

Cara-cara membuat:

1. Gunakan ikan sardin fresh atau saba mackerel dan bersihkan dengan teliti supaya tidak hanyir dan hasil akhirnya lebih lezat.

2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tambahkan bawang Holland yang telah dikisar. Tumis hingga naik aroma harum.

3. Tuangkan tomato yang telah dikisar tadi ke dalam periuk. Kacau rata. Masukkan juga tomato puree bersama satu tin air. Ini untuk memastikan kuah cukup untuk merendam ikan kelak.

4. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau hingga sebati.

5. Tambahkan ikan ke dalam kuah. Ratakan kedudukan ikan agar semuanya tenggelam dalam kuah. Pastikan kuah cukup banyak dan cair supaya tidak mudah hangit ketika dimasak kemudian.

6. Tutup periuk dan gunakan fungsi tekanan tinggi (high pressure).

  • Untuk 3kg ikan: masak selama 80 minit
  • Untuk 1kg ikan: cukup 60 minit

7. Untuk memastikan tulang lembut, selepas waktu yang cukup, buka dan uji. Jika belum cukup lembut, tambahkan masa 5 minit lagi.

8. Jika kuah terlalu cair, boleh tumis balik (stir fry) sekejap untuk memekatkan kuah. Siap!

Selamat mencuba!

Sumber: Cik Ijan

Baca juga: Cara Masak Sardin Cepat Tanpa Goreng, Ikut RAHSIA Ini Mesti Tak Hanyir



Source link

Scroll to Top