Sardin Goreng Cili Padi: Hidangan Mudah yang Menggigit!


ikan sardin goreng

Sesekali kita buntu memikirkan apa yang ingin dimasak, terutama bila lauk mentah pun sedikit dalam peti. Tetapi jangan khawatir, lauk dalam tin boleh menjadi penyelamat. Salah satu menu ‘ringkas tetapi berbahaya’ yang boleh menjadikan nasi bertambah ialah Ikan Sardin Goreng Cili Padi.

Menu ini tampak mudah, namun rasanya pedas menyengat dan sangat membangkitkan selera. Yang paling penting, bahan-bahannya sangat mudah didapati. Bahkan kebanyakannya sudah ada di dapur.

Lauk ini amat sesuai untuk hari-hari malas memikirkan menu yang berat. Cukuplah sediakan bahan asas seperti bawang, cili, dan halia. Tidak sampai setengah jam, siap satu hidangan padu untuk seisi keluarga. Pasti licin pinggan!

Baca juga: Asam Laksa Menggunakan Sardin Tin Yang Kaww, Cara Mudah Tanpa Perlu Siang Ikan!

RESEPI IKAN SARDIN GORENG CILI API

ikan sardin goreng

Bahan-bahan:

  • 1 tin sardin (asingkan isi dan sos)
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 10 biji cili padi (sesuaikan dengan tahap kepedasan yang dikehendaki)
  • 1 inci halia (untuk mengurangkan bau hanyir)
  • 1 keping asam keping (atau sedikit air asam jawa)
  • 1 biji bawang besar (dihiris)

Cara memasak:

  1. Asingkan isi sardin daripada sosnya. Goreng isi sardin sekejap hingga agak garing, kemudian angkat dan ketepikan. (Langkah ini membantu mengurangkan bau hanyir dan menghindari isi sardin hancur semasa dimasak nanti.)
  2. Tumis bahan yang telah ditumbuk dengan minyak yang sama sehingga berbau wangi dan agak garing.
  3. Tambahkan asam keping atau sedikit air asam jawa.
  4. Masukkan sos sardin dan teruskan menumis hingga pecah minyak.
  5. Tambahkan bawang besar yang telah dihiris.
  6. Akhir sekali, masukkan kembali isi sardin yang telah digoreng tadi. Gaul rata dan masak sekejap sahaja.

Sumber: Azie Mat Junus

Baca juga: Resipi Sardin Goreng Kering, Punyalah Sedap Tak Tahu Nak Cakap



Sumber pautan

Scroll to Top