Jemu dengan hidangan sambal sardin yang sama? Mari cuba resipi sardin masak kicap pedas ini pula. Dijamin akan membangkitkan selera dan membuat anda menikmati sajian lebih banyak.
Resipi ini sememangnya mudah namun keenakannya tidak dapat disangkal! Kombinasi rasa pedas, manis, dan masin sangat bagus! Nikmati dengan nasi panas.
Untuk meningkatkan kemewahan rasa hidangan ini, sardin perlu digoreng hingga garing terlebih dahulu sebelum dimasak bersama kuah kicap pekat.
Jika ingin lebih sedap, tambahkan juga kentang goreng. Rasa kaya kentang sangat serasi dengan kuah kicap pedas. Pasti licin pinggan!
Baca juga: Resipi Roti Sardin Mini Rangup, Tidak Serap Minyak Ketika Menggoreng!
RESEPI SARDIN MASAK KICAP PEDAS
Bahan-bahan utama:
- Sardin 1 tin
- Bawang besar 1 biji*
- Bawang putih 3 ulas*
- Kicap pekat manis Jalen 3 sudu besar
- Cili kering kisar 3 sudu besar
- Sos tiram 1 sudu besar
- Cili api 4 biji
- Gula/Garam
Bahan tambahan:
Cara-cara:
- Mayang tipis bahan bertanda *. Ketepikan.
- Mulakan dengan menggoreng kentang hingga garing. Angkat dan ketepikan.
- Tumis bahan bertanda * hingga harum dan layu.
- Seterusnya masukkan cili kering kisar dan sedikit sos daripada tin sardin (kira-kira 2-3 sudu besar).
- Tumis hingga minyak agak terpisah, gunakan api sederhana.
- Selepas itu, masukkan kicap pekat manis & sos tiram.
- Masukkan sedikit air, bergantung kepada ketebalan kuah yang diinginkan.
- Terakhir, masukkan sardin, kentang, & cili api.
- Perasakan dengan gula dan garam.
- Masak sekejap kemudian matikan api. Siap!
Kredit resipi dan gambar: Amiera Johan
Baca juga: Ibu Ini Kongsi Resipi Sambal Sardin Cili Api, Anak Menambah Sampai 4 Kali!