Beberapa individu mungkin merasa tidak selesa akibat masalah bau badan, terutama aroma peluh yang agak kuat dan sukar untuk dihilangkan walaupun selepas mandi. Jadi, kami syorkan anda mencuba petua minum air limau kasturi madu ini.
Selain daripada masalah bau badan, ada juga yang berdepan dengan cabaran untuk mengecilkan saiz perut dan mengalami isu sembelit, terutamanya bagi wanita yang sedang dalam fasa berpantang selepas melahirkan.
Terdapat satu petua yang mudah dan sangat berkesan yang boleh anda amalkan setiap pagi untuk mengatasi isu ini iaitu dengan minum air limau kasturi madu. Mari kita lihat cara penyediaannya!
Baca juga: Cara Menyimpan Barli Rebus Tahan Lama, Boleh Buat Air Barli Untuk Mengawal Kolesterol
RESIPI AIR LIMAU KASTURI MADU
Bahan-bahan:
- 3 biji limau kasturi
- 2 sudu besar madu asli
- 1 cawan air suam panas
Cara-cara membuat:
1. Pertama, masukkan madu ke dalam cawan yang berisi air suam panas dan kacau hingga larut.
2. Seterusnya, perah limau kasturi ke dalam cawan tersebut.
3. Kemudian, kacau hingga semua bahan tercampur rata.
4. Minum pada waktu pagi ketika perut masih kosong.
*Nota penting: Jika anda mempunyai masalah gastrik, disarankan agar anda mengambil sedikit sarapan ringan terlebih dahulu sebelum meminum air ini.
Dengan amalan minum air limau kasturi madu ini, ia dapat membantu menyahtoksik badan dari dalam. Oleh itu, masalah bau badan tidak akan timbul lagi selepas ini.
Selain itu, mengamalkan minum air ini setiap pagi dapat melancarkan najis dan memudahkan proses pembuangan. Oleh itu, anda dapat mengelakkan daripada mengalami sembelit.
Semoga ia bermanfaat!
Sumber: Mastura Rashid
Baca juga: Nak Keluarkan Angin Degil Dalam Badan, Cuba Petua Minum Air Halia Madu 4 Bahan Ini