Apabila ditanya mengenai kek yang memiliki cita rasa mewah, sudah pasti ramai akan menyebut Kek Sandwich Victoria. Dia bukan sahaja gebu, tetapi juga lembut berkrim dan lumer di mulut.
Umi Watie telah berkongsi cara penyediaan Kek Sandwich Victoria di Facebook lengkap dengan langkah demi langkah untuk memperoleh hasil yang sempurna. Mari kita cuba!
Baca juga: Kek Victoria Sandwich Penuh Gebu, Bahan Mudah Tapi Rasa Mewah!
RESIPI KEK SANDWICH VICTORIA
Bahan-bahan untuk kek:
Bahan-bahan untuk isi strawberry:
- 250 gram strawberry
- ½ cawan gula
- 1 sudu makan lemon
- 2 sudu makan tepung jagung
- 1 cawan air
Bahan-bahan untuk aising:
- 1 cawan whipping cream
- 2 sudu makan custard segera
Cara-cara menyediakan kek:
1. Pukul mentega bersama gula sehingga warnanya menjadi agak pucat.
2. Tambahkan telur satu per satu hingga sebati.
3. Masukkan esen vanilla agar ia wangi dan meningkatkan rasa lemak mentega tersebut.
4. Masukkan tepung secara beransur-ansur bersama susu cair dan teruskan memukul (saya menggunakan pengadun tangan, tidak perlu membeli pengadun berat, whisk juga boleh digunakan).
5. Setelah semua bahan sebati, tuangkan adunan ke dalam loyang saiz 8.
6. Bakar di suhu 170ºC selama 45 minit bergantung kepada oven masing-masing.
Cara-cara menyediakan isi strawberry:
1. Masukkan strawberry dan jus lemon ke dalam pengisar (jangan lupa basuh pengisar sehingga bersih sebelum menggunakannya).
2. Tambah gula, tepung jagung dan air, kemudian kisar hingga hancur semuanya.
3. Pindahkan ke dalam periuk atau kuali dengan menggunakan api kecil, kemudian masak hingga mendidih dan pekat.
Cara-cara menyediakan aising:
1. Pastikan untuk menggunakan whipping cream yang sejuk dari peti ais dan pukul hingga sedikit pekat.
2. Masukkan custard segera (boleh dibeli di kedai bahan bakeri) dan pukul hingga ia…
kental.
3. Masukkan ke dalam plastik bucu tiga (saya menggunakan nozel bintang) untuk menghias kek selepas ini.
Langkah-langkah menghias kek:
1. Setelah kek selesai dibakar, bahagikan kek menjadi dua bahagian.
2. Pam aising sesuai selera, asalkan nampak menarik, kemudian letakkan lapisan dengan filling strawberry.
3. Lakukan perkara yang sama di permukaan kek.
4. Terakhir sekali, hias dengan strawberry segar.
Sekali-sekala ingin menikmati kek yang berkelas, boleh cuba Kek Victoria Sandwich ini. Dengan filling strawberry yang lazat di dalam, nikmati keenakannya!
Selamat mencuba!
Sumber: Umi Watie
Jangan lupa baca: Resipi Kek Pisang Kukus Menggunakan Blender, Ada Cara Untuk Hasilkan Kek Lembut Berkilat