Untuk menyediakan hidangan tengah hari atau malam tanpa memerlukan banyak waktu, anda hanya perlu membuat Ikan Kaci Masak Asam. Keluarga pasti akan menyukainya.
Kuah yang masam segar, perpaduan rasa pedas dan manisnya sangat seimbang. Hidangan seperti ini sememangnya tidak membosankan, terutama jika disajikan bersama nasi panas.
Baru-baru ini, di TikTok, pengguna leezaramzi28 berkongsi cara penyediaan lauk ini yang kelihatan sangat mudah tetapi hasilnya sungguh menggugah selera. Ayuh kita cuba!
Baca juga: Resipi Ikan Temenung Lemak Masak Asam, Kuah Memukau Sampai Licin Pinggan!
RESIPI IKAN KACI MASAK ASAM
Bahan-bahan:
- 3 potong ikan kaci
- 1 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 8 biji cili padi
- 1 sudu besar asam jawa larut dengan sedikit air
- Sekadar gula dan garam
- 2 biji tomato
Cara-cara memasak:
1. Pertama, lumurkan ikan dengan garam dan kunyit.
2. Goreng hingga berwarna kuning keemasan, angkat dan ketepikan, dengan tinggal 2 sudu besar minyak dalam kuali.
3. Kemudian, tumis bawang besar, bawang putih, halia dan cili padi hingga wangi.
4. Setelah itu, masukkan air asam jawa, tomato, garam dan gula mengikut citarasa.
5. Kemudian, kacau rata sehingga kuah mendidih.
6. Akhir sekali, masukkan ikan yang telah digoreng bersama cili hijau. Siap untuk dihidangkan!
Kelebihan masakan ini adalah ia bukan sahaja sedap tetapi juga cepat untuk disiapkan. Jika anda buntu memikirkan hidangan, resipi Ikan Kaci Masak Asam ini adalah pilihan yang tepat.
Selamat mencuba!
Sumber: leezaramzi28
Baca juga: Ikan Masak Asam Paling Mudah Dalam 5 Langkah, Hirup Kuahnya Rasai Nikmat!