Pelbagai resepi masakan daging yang sering dijadikan sebagai hidangan sampingan di rumah. Kali ini, kami akan berkongsi kaedah untuk memasak Daging Dendeng Balado Cili Hijau yang sangat lazat.
Dendeng merupakan daging kering yang dihiris nipis, diawetkan menggunakan campuran gula dan rempah, serta dikeringkan melalui proses menggoreng.
Jika anda pernah melawat restoran nasi Padang, pasti akan terlihat hidangan ini terhidang kerana ia merupakan kegemaran ramai terutama dikalangan masyarakat Minang.
Untuk menikmati hidangan yang sedap ini bersama keluarga, anda boleh mengikuti resepi Daging Dendeng Balado Cili Hijau yang dikongsikan oleh Salamah Ayudia di Facebook. Jom kita cuba!
Baca juga: Resepi Daging Bakar Thai, Terdapat Rahsia Pencicah Yang Sedap Menyengat!
RESIPI DAGING DENDENG BALADO CILI HIJAU
Bahan-bahan:
- 500 gram daging lembu (dihiris nipis, direbus selama 10 minit, kemudiannya tumbuk daging agar lebih empuk)
- 3 helai daun limau purut
- 100 gram cili hijau (jika ingin pedas, boleh tambah lada cayenne hijau)
- 1 tomato hijau
- 6 ulas bawang merah
Bahan rempah kisar:
- 3 ulas bawang putih
- 1 sudu kecil ketumbar
- 1 ruas halia
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, hiris nipis daging lembu, rebus selama 10 minit, kemudian tumbuk daging agar lebih lembut (air rebusan daging jangan dibuang dahulu).
2. Setelah ditumbuk, goreng sekejap selama lebih kurang 5 minit.
3. Seterusnya, kisar kasar cili hijau, bawang merah (tidak terlalu halus) dan hiris tomato hijau.
4. Kemudian, tumis rempah kisar sehingga masak.
5. Masukkan daun limau purut, cili hijau dan tomato, setelah itu tumis sehingga agak layu.
6. Kemudian, masukkan daging yang telah digoreng bersama ½ cawan air rebusan untuk merebus daging.
7. Akhir sekali, perasakan dengan garam, gula, serbuk stok dan masak sehingga kuah menyerap, kemudian sesuaikan rasa. Siap untuk dihidangkan!
Peminat daging wajib mencuba Daging Dendeng Balado Cili Hijau ini kerana rasa pedasnya yang cukup menggoda selera. Sekali cuba, pasti akan teringin untuk membuatnya lagi di masa hadapan.
Selamat mencuba!
Sumber: Salamah Ayudia
Baca juga: Nak Masak Daging Kicap Kering, Letak Satu Bahan ‘Ini’ Baru Aroma Memikat