Jika anda sudah akrab dengan siakap tiga rasa atau siakap stim halia, mengapa tidak mencuba hidangan yang istimewa kali ini, iaitu siakap sos plum pedas? Hidangan ini merupakan kombinasi rasa masam manis dari sos plum dan buah plum jeruk, dikombinasikan dengan kepedasan cili serta wangi taucu pedas.
Apabila kuah yang pekat ini dicurahkan ke atas ikan siakap yang digoreng rangup, pasti akan menggugah selera! Resipi ini sangat sesuai untuk santapan keluarga, terutama jika dinikmati bersama nasi yang masih panas. Mari kita lihat bahan-bahan dan cara penyediaannya di bawah.
Baca juga: Petua Ikan Siakap Stim Enak & Tiada Hanyir, Rasanya Setaraf Makan Di Restoran Siam!
RESEPI SIAKAP SOS PLUM PEDAS
Bahan utama:
- 1 ekor ikan siakap (500g – 700g)
Bahan kisar kasar:
- 2 inci halia
- 3 batang cili merah
- 3–4 batang cili padi merah
- 5 ulas bawang putih
- 1 sudu besar taucu pedas
Bahan sos:
- 5–6 sudu besar sos plum
- 1 sudu kicap pekat
- 3–4 sudu besar cuka
- 3–4 sudu besar sos tomato
- 2–3 sudu gula
- 2–3 biji buah plum jeruk
- ½ cawan air
Bahan tambahan:
Cara Memasak
- Bersihkan ikan siakap, buat beberapa kelaran pada badan, kemudian lumurkan dengan garam. Goreng ikan dengan teknik deep fry hingga garing dan berwarna keemasan. Angkat dan ketepikan.
- Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar kasar hingga wangi dan bau yang menggoda.
- Masukkan semua bahan sos, kacau hingga merata. Tambah sedikit air jika kuah terlalu pekat.
- Masak hingga kuah mendidih dan semua bahan tercampur dengan baik.
- Taburkan daun bawang yang dicincang, kemudian tuangkan kuah sos plum pedas ke atas ikan siakap yang telah digoreng.
- Siap untuk dihidang bersama nasi panas.
Sumber: Ahmad Shinoda
Baca juga: Resipi Kuah Tiga Rasa Asli Thai, Curahkan Atas Ikan Siakap Rangup Memang Hebat!