Umumnya, orang cenderung menyimpan halia yang baru dibeli terus ke dalam peti sejuk. Namun, terdapat teknik menyimpan halia tanpa memerlukan peti sejuk dan hasilnya tetap segar walaupun sudah berminggu-minggu.
Apabila membeli halia, tidak semua akan digunakan dalam satu masa. Anda pasti akan meninggalkan separuh dan menyimpannya dalam peti sejuk, tetapi selepas seminggu, ia akan kelihatan kecut, lembik, atau berkulat.
Tariq Syahman telah berkongsi teknik menyimpan halia tanpa menggunakan peti sejuk langsung. Yang paling mengejutkan, halia tersebut masih segar seperti baru dibeli walaupun sudah berlalu beberapa minggu.
Baca juga: Cara Betul Simpan Serai Supaya Tak Kecut, Tetap Segar & Menawan Seperti Baru Petik!
CARA SIMPAN HALIA
1. Pertama sekali, sediakan bekas yang mengandungi sedikit tanah (gunakan jenis tanah untuk tanaman).
2. Kemudian, masukkan halia ke dalam bekas tanah tersebut dan tutup dengan sedikit tanah.
3. Selanjutnya, letakkan ia di tepi tingkap dapur pada suhu bilik.
4. Apabila ingin digunakan, potong sedikit sahaja mengikut keperluan.
5. Yang bakinya, biarkan sahaja halia dalam tanah tersebut.
Dengan menggunakan kaedah ini di rumah, anda akan mendapati halia tidak mengering, mengecut, atau membusuk dengan cepat. Malahan, ia kelihatan segar seperti baru dibeli.
Tips ini sangat sesuai untuk anda yang masak dalam kuantiti kecil. Selain itu, ia juga dapat menjimatkan ruang dalam peti sejuk di dapur.
Semoga bermanfaat!
Kredit gambar muka depan: Facebook Tariq Syahman, jcomp dari Freepik
Sumber: Tariq Syahman
Baca juga: Rahsia Simpan Bunga Kantan Agar Tak Berbirat Hitam, Kekal Segar & Menarik Seperti Baru Petik!