Ketika berkelana atau bercuti jauh, tubuh sering kali merasa letih, lapar dan lesu, terutama jika tidak sempat menjamu selera dengan baik. Oleh sebab itu, adalah penting untuk mengetahui resipi smoothie dan sarapan sihat yang mudah untuk dibawa, ringkas untuk dipersiapkan, tetapi tetap mengenyangkan dan berkhasiat.
Tidak memerlukan resipi yang kompleks, cukup dengan menggunakan bahan asas seperti buah-buahan, oat, susu, dan bijian. Boleh disediakan lebih awal atau dikisar secara cepat sebelum keluar berjalan. Yang utama, perut terisi dan tenaga berterusan sepanjang perjalanan.
Berikut adalah beberapa idea smoothie dan sarapan sihat yang sesuai untuk dibawa ketika bercuti.
Baca juga: 6 Minuman Hangat Sesuai Ketika Bercuti, Hilangkan Rasa Letih & Mood Lebih Tenang
RESEPI SMOOTHIE DAN SARAPAN SIHAT KETIKA BERCUTI
1. Resepi Smoothie Pisang & Oat (Kenyang untuk Tempoh Lama)
Bahan-bahan:
- 1 biji pisang masak
- 3 sudu besar rolled oats
- 1 cawan susu (susu segar, oat atau almond)
- 1 sudu madu (jika suka)
- 1/2 cawan ais (pilihan)
Cara-cara:
- Kisar semua bahan sehingga halus. Simpan dalam botol kalis sejuk. Sangat sesuai diminum sebelum memulakan perjalanan, atau sebagai minuman tengah hari yang mengenyangkan.
2. Overnight Oat Coklat Chia (Bekal Sejuk yang Lezat)
Bahan-bahan:
- 5 sudu besar rolled oats
- 1 sudu besar biji chia
- 1 sudu kecil serbuk koko asli
- 1/2 cawan susu
- 1 sudu kecil madu
- Hirisan pisang atau strawberi (untuk hiasan)
Cara-cara:
- Gabungkan semua bahan dalam bekas bertutup. Simpan dalam peti sejuk semalaman. Esoknya, ambil sahaja dan nikmati! Sesuai untuk sarapan cepat di jalan.
3. Resepi Smoothie Mangga Yogurt (Segar & Kaya Probiotik)
Bahan-bahan:
- 1/2 biji mangga masak
- 1/2 cawan yogurt asli
- 1/2 cawan susu
- 1 sudu kecil madu
- Ais secukupnya
Cara-cara:
- Kisar semua bahan sehingga halus. Rasanya masam manis dan segar, sangat baik untuk pencernaan terutamanya apabila melakukan perjalanan jauh.
4. Roti Wrap Telur & Avokado (Kenyang
& Berzat)
Komponen:
- 1 helai roti wrap/gulung
- 1 biji telur rebus (dipotong)
- 1/2 biji avokado (dihancurkan)
- Daun salad atau bayam
- Sebitit garam & lada sulah
Langkah-langkah:
- Letakkan semua komponen di atas wrap, gulungkan dan potong dua. Mudah dibawa dan dimakan semasa dalam perjalanan atau menunggu penerbangan.
5. Energy Ball Kurma Kacang (Snek Mini Penuh Tenaga)
Komponen:
- 1 cawan kurma (buang biji)
- 1/2 cawan kacang (badam, walnut atau kacang tanah)
- 1 sudu besar oat
- 1 sudu kecil biji chia atau biji labu
Langkah-langkah:
- Kisar semua komponen hingga menjadi doh. Bentukkan bulatan kecil dan simpan dalam bekas kedap udara. Sesuai dijadikan kudapan sihat sepanjang perjalanan.
REV Media Group melalui My Resipi, Sirap Limau, VOCKET dan Waktu Solat Malaysia memperkenalkan Halal Travel, suatu kempen yang direka khusus untuk membantu pelancong Muslim ke luar negara dengan tenang, selamat dan penuh keyakinan.
Ini merupakan inisiatif menyeluruh yang menyajikan panduan makanan halal, waktu solat & arah kiblat, tips perjalanan & keselamatan serta aktiviti ‘halal-friendly’ yang menarik.
Layari www.myresipi.com/halaltravelmy untuk maklumat lanjut.
Baca juga: 10 Fast Food Halal Di Luar Negara Yang Ramai Tak Tahu, Makan Tanpa Was-Was!