“Sos Sukiya Buatan Sendiri: Pencicah Lezat untuk Semua Hidangan!”


resepi sos sukiya

Para penggemar steamboat pasti mengenali Sos Sukiya yang pernah menjadi perbincangan hangat di media sosial. Kini, kami ingin berkongsi resepi Sos Sukiya untuk anda cuba di dapur.

Sos Sukiya adalah sejenis sos dari Jepun yang sering digunakan dalam hidangan seperti sukiyaki, gyudon, atau sebagai pencicah untuk steamboat. Kombinasi rasa manis, masin, dan sedikit umami menjadikan sos ini sangat popular di kalangan ramai.

Melalui video yang dikongsikan oleh zainulrusydi di TikTok, resepi Sos Sukiya homemade yang dikreasikannya kelihatan sangat sedap dan menggoda. Mari kita cuba!

Baca juga: Resepi Pes Tomyam Homemade, Pekat dan ‘Kaw’ Seperti di Kedai Thai

RESEPI SOS SUKIYA HOMEMADE

resepi sos sukiya

Bahan-bahan:

  • Bawang putih
  • Daun ketumbar
  • Daun bawang
  • Cili padi
  • Sos bijan panggang
  • Pasta miso
  • Minyak cili

Cara-cara penyediaan:

1. Pertama sekali, sediakan bawang putih yang dicincang, daun ketumbar, daun bawang, cili padi, dan sos bijan panggang.

2. Kemudian, campurkan semua bahan itu ke dalam satu mangkuk.

3. Selepas itu, masukkan pasta miso ke dalam campuran bahan tersebut (anda boleh mendapatkan pasta miso yang halal di kedai Jepun).

4. Terakhir, tambahkan minyak cili (yang boleh disediakan sendiri dengan mencurahkan minyak panas ke atas serbuk cili). Selesai!

resepi sos sukiya

Sekiranya anda teringin menikmati hidangan di restoran Jepun tetapi malas untuk keluar, cuba sediakan Sos Sukiya homemade yang mudah ini. Lebih menarik, ia boleh dinikmati dengan sebarang hidangan lauk di rumah.

Selamat mencuba!

Sumber: zainulrusydi

Baca juga: Perencah Ikan Bakar Homemade Yang Pasti Sedap dan Boleh Disimpan Lama!





Sumber pautan

Scroll to Top