Sotong Goreng Tepung: Rahsia Rangup yang Tak Pernah Salah!


resepi sotong goreng tepung

Apabila anda kekurangan idea untuk menyediakan hidangan lauk bagi keluarga di rumah, kami syorkan anda mencuba resepi Sotong Goreng Tepung yang hasilnya benar-benar rangup.

Sotong Goreng Tepung merupakan sajian makanan laut yang sangat digemari. Pergilah ke mana-mana restoran di Malaysia, pasti anda akan menemui hidangan ini dalam senarai menu.

Hanya segelintir yang berjaya menyiapkan hidangan ini di rumah kerana tepungnya tak tetap melekat dengan baik. Sebenarnya, anda hanya perlu mencampurkan beberapa jenis tepung dan menggunakan teknik menggoreng yang tepat.

Seperti perkongsian resepi Sotong Goreng Tepung oleh Nurul Faidha di Facebook, hasilnya amat menakjubkan kerana tepung tidak terpisah dari sotong langsung. Mari kita cuba!

Baca juga: Teknik Buang Air Sotong Yang Betul, Boleh Elakkan Lauk Jadi Kecut Atau Kenyal Nanti

RESEPI SOTONG GORENG TEPUNG

resepi sotong goreng tepung

Bahan-bahan:

  • Tepung goreng ayam Bon Chef (jika tiada, boleh gunakan tepung Bestari)
  • Tepung ubi
  • 2 biji telur
  • Tepung jagung
  • Tepung gandum
  • 2 sudu serbuk black pepper
  • Tepung beras
  • Minyak masak

Langkah-langkah memasak:

1. Pertama sekali, potong-potong sotong dan tapis airnya.

2. Campurkan tepung goreng ayam Bon Chef, tepung ubi, tepung jagung, tepung gandum dan tepung beras, kemudian taburkan serbuk black pepper.

3. Kemudian, pecahkan telur dan kacau seperti menyediakan telur dadar.

4. Seterusnya, masukkan dua hingga tiga sudu dari campuran tepung tersebut ke dalam adunan telur untuk mendapatkan kepekatan yang sedikit agar lapisan sotong melekat dengan baik.

resepi sotong goreng tepung

5. Setelah itu, masukkan sotong ke dalam campuran tepung, kacau sehingga rata dan berpadu, kemudian golek-golekkan sotong.

6. Akhir sekali, goreng secara deep fry dalam minyak yang benar-benar panas (tidak perlu menambah garam kerana tepung goreng ayam Bon Chef itu sudah cukup rasa), angkat dan toskan. Siap!

Antara tips yang boleh anda aplikasikan dalam resepi Sotong Goreng Tepung ini:

  • Jika menggunakan satu cawan tepung ubi, tepung jagung juga perlu secawan. Tambahkan 4 hingga 5 sudu tepung gandum dan tepung beras.
  • Goreng dengan api sederhana dan kacau selalu agar serdak tepung tidak hangus.
  • Jika minyak sudah tidak boleh digunakan lagi, tukar dengan minyak baru. Jika terus digunakan, salutan sotong akan terjejas.
  • Pastikan minyak benar-benar panas sebelum memasukkan sotong.

Selamat mencuba!

Sumber: Nurul Faidha

Baca juga: Resipi Singgang Sotong Yang Menarik, Tengok Kuah Pun Sudah Menggiurkan!



Sumber pautan

Scroll to Top