Sotong Rangup Celup Tepung: Rahsia Tepung Melekat Sempurna!


resepi sotong celup tepung

Siapa kata perlu menunggu hingga ke pantai untuk nikmati lauk celup tepung? Dengan resepi Sotong Celup Tepung ini, anda boleh membuatnya sendiri untuk keluarga tercinta di rumah.

Sotong Celup Tepung merupakan hidangan yang terkenal di Malaysia dan mudah ditemui di restoran tepi pantai, khususnya di negeri-negeri Pantai Timur seperti Terengganu dan Kelantan.

Resepi Sotong Celup Tepung yang dikongsikan oleh Adylla Omar di Facebook ini dilengkapi dengan tips untuk memastikan salutan tepung melekat dengan baik dan tampak menarik. Mari kita cuba!

Baca juga: Ikan Celup Tepung Terengganu, Ada Petua Tepung Rangup Dan Melekat Elok

RESEPI SOTONG CELUP TEPUNG RANGUP

resepi sotong celup tepung

Bahan-bahan:

Cara-cara memasak:

1. Pertama sekali, potong sotong kepada saiz kecil, cuci dan toskan.

2. Setelah itu, tumbuk bawang putih dan sapukan pada sotong.

3. Tambah sedikit cuka epal (cuka biasa juga boleh) dan serbuk lada sulah, kemudian gaul rata dan ketepikan.

*Tips untuk mengelakkan sotong meletup semasa digoreng. Berkesan dan tidak perlu bimbang semasa proses menggoreng.

4. Seterusnya, pukul sebiji telur (cukup pukul ringan untuk memastikan tepung melekat dengan baik pada sotong nanti).

5. Kemudian, sediakan bancuhan tepung dengan menggabungkan tepung jagung, tepung serbaguna bestari pedas dan tepung beras.

resepi sotong celup tepung

6. Selepas itu, celupkan sotong dalam telur hingga sekata. Ambil sotong dalam tepung satu persatu dan pastikan keseluruhan permukaan sotong disaluti tepung.

*Tips untuk hasil gorengan yang cantik, ketika melapisi tepung, pastikan tepung yang menyaluti sotong kelihatan rata (tidak basah). Jika tepung basah melekat pada sotong, ia tidak akan menjadi.

7. Seterusnya, panaskan minyak dengan kuantiti yang banyak dan pastikan sangat panas. Jika minyak tidak cukup panas semasa menggoreng, tepung akan menjadi lembik.

8. Akhirnya, goreng dengan api sederhana. Letak sotong, tunggu hingga sedikit garing, kemudian balik-balikkan hingga mencapai warna keemasan. Jangan goreng terlalu lama, jika tidak sotong akan menjadi keras.

Dengan resepi Sotong Celup Tepung ini, hasilnya pastinya memuaskan. Bukan sahaja tepung melekat dengan baik dan tidak hancur, malah garing hingga ke petang.

Selamat mencuba!

Sumber: Adylla Omar

Baca juga: Sotong Goreng Tepung Rangup Anti Tanggal, Wajib Gaul Dalam Dua Tepung ‘Ini’



Source link

Scroll to Top